Saya cakap nak sponsor ayam untuk barbeque staycation Dania tu. Ok....ayah belilah seekor ayam dan ayah suruh la potong besar sikit sebab nak makan barbeque kan.....
Tugas ummi perap la ayam tu. Ummi perap ayam dengan :
1. Bawang putih - Kisar
2. Bawang holland - Kisar
3. Bawang merah - Kisar
4. Halia - Kisar
5. Madu tualang (disebabkan madu tualang yang ada dalam peti ais. Kalau madu lain saya guna madu jenis lain).
6. Sos cili
7. Sos tiram
8. Serbuk cili
9. Garam secukup rasa
20. Lada putih
Lepas tu masukkan dalam plastik ziplock. Biarkan bahan-bahan serasi semuanya. Masuk pulak dalam bekas kedap udara. Ok...siap....
Prepare pulak Mac & Cheese.
Macaroni direbus dengan garam sedikit dan minyak sedikit sebab tak nak bagi makaroni melekat.
Bahan-bahan :
1. Makaroni
2. Cheese saya guna mozarella
3. Susu. Saya guna low fat
4. Lada putih
5. Bawang holland dipotong kecik
6. Bawang putih dicincang
7. Ayam cincang digaul dengan serbuk cili nak bagi rasa pedas sebab makaroni ni rasa berlemak sebab ada cheese
8. Serbuk pati ayam
9. Garam sedikit
10. Tepung gandum sedikit
11. Mentega / Marjerin
Tumis bawang holland dan putih sehingga naik bau dengan mentega / marjerin. Masukkan ayam kemudian susu dan cheese. Perasakan dengan serbuk pati ayam, serbuk lada putih, garam dan tepung gandum. Kacau sehingga kuah sedikit pekat. Masa ni rasa la kalau ada yang tak cukup macam perisa tu. Last baru masuk makaroni.
Boleh juga masukkan sayuran seperti brokoli atau cendawan tapi saya tak masuk sebab ada yang tak makan sayur. Kalau nak berkuah sikit boleh la tambah susu lebih tapi saya nak buat kering sebab nak bawa travel kan.
Lepas tu kena prepare juga :
1. Pemegang BBQ - Beli
2. Tisu
3. Sudu dan garfu kertas - Beli
4. Pinggan kertas - Beli
5. Cawan kertas - Beli
6. Standby arang 1 kotak - Beli
7. Pengepit besi - Besi
8. 1 karton air mineral kecik
9. Sudu besar nak kaut makaroni.
10. 2 bekas kedap udara sebab nak bawa makaroni dan ayam perap - Beli
11. Sos cili - Beli
12. Span basuh pinggan dan sabun basuh pinggan (Keduanya dapat masa kenduri kahwin)
Bila kata nak sponsor 1 benda tu rupanya ada lagi barang-barang yang kita perlu ambik tahu kan?. Semua yang saya letak beli tu berharga RM104.20. Harga ni tak campur ayam dan 1 karton air lagi. Ini untuk future reference. Senang nak refer balik.
Harapan ummi supaya mereka dapat enjoy la moment barbeque tu nanti. Kena create moment manis bersama ya.
Nanti saya akan update la kemana mereka bercuti tu. Ni kena mintak tolong Dania la ambik gambar nanti. Err part ni ummi tak harap sangat. 😆
Ezna




wah mesti seronok masing masing berbbq
BalasPadamSeronoknya BBQ. Mesti meriah nanti.
BalasPadambestla dania ber-bbq dgn kawan2! makan sedap pulak tu
BalasPadamTentu tak sabar meteka nak berbbq
BalasPadamWah..seronok Dania..kawan² Dania mesti suka
BalasPadamPeh! Hasilnya pasti menyala!
BalasPadamWahhh bekalan pun sedap2 tuu
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.