Pokok-pokok segar mata memandang

Pokok palma ni ditanam dari rumah lama lagi jadi masa nak pindah sini, hubby korek pokok ni dari tanah untuk dibawa sekali ke sini. Sayang pokok katanya sebab masa tu dah besar juga tapi bukan sebesar inilah. Batang dia jenis besar tapi dengan selamba hubby bawa naik kereta. Katanya masa tu nak angkat pun berat sebab batang dia tu. Selamat dah dia hidup kat sini. Pokok palma ni kalau beli masa dia dah tinggi...harganya mahal sedikit la. Kami beli tu mungkin harganya berbelas ringgit. 


Ini pula pokok puding. Ada daunnya halus dan ada juga daunnya besar sikit. Bila tanam ni eh eh tinggi naiknya tu. Nak tanam dia senang je just cucuk kat tanah je keratan batang dia tu. 


Dalam pasu ada juga pokok lidah buaya ni. Banyak khasiatnya seperti gel dia dapat menghilangkan kelemumur, melebatkan rambut dan kalau ada luka boleh stopkan luka tu juga. 


Ini pula kalau tak silap namanya ialah red tower ginger. Pernah nampak spesis ni ditanam kat rumah Chef Wan jadi mencarilah saya pokok ni kat nursery. Nak kena buang juga daun warna kuning tu. 


Close up sikit bunga red tower ginger ni. 


Ni keluarga pokok heliconia. Pokok yang berbunga oren tu rendah sikit pokoknya. Pokok yang besar ni Heliconia jenis yang bunganya terjuntai jatuh. Belum lagi berbunga ni. Saya ada juga heliconia yang berwarna merah kuning bunganya. 


Bunga Heliconia. 


Pokok kemboja ni dah tinggi dah. Lebih tinggi daripada bumbung porch. 


Musim hujan ni banyak betul bunganya. Paling tak tahan nak menyapu daun pokok kemboja ni. Senang luruh. 


Bunga kerak nasi atau kesidang. Ada lagi pokok-pokok yang tak masuk blog lagi. Kalau berbunga banyak memang bau dia menerjah kat porch ni. 


Bila tengok pokok-pokok ni hati pun boleh jadi tenang ya. 




XOXO,
Ezna

 

8 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. wahh.... nak beli jugalah bunga kesidang tu. heliconia kami dah buang semua tak tahan semak sangat. lepas tu jadi sarang semut

    BalasPadam
  2. Bestnya banyak pokok! Paling sy suka pokok kemboja tu

    BalasPadam
  3. Banyaknya pokok2 tenang je mengadap pokok hari2.

    BalasPadam
  4. OOoo... Heliconia tu pokok ke? Baru tau.
    Ada nama satu taman kat Tapah nama tu...

    BalasPadam
  5. alamak mcm kita x berapa nak menjadi kalau tanam pokok ni..
    kita mampu jadi tukang siram je la klu ada yg rajin menanam :D

    BalasPadam
  6. bestnya halaman rumah u byk pokok2! segar sgt!

    BalasPadam
  7. Itu beberapa tanamannya ada di kebun mama saya juga kak 😍😍😍. Mama dari sejak di Aceh memang sukaaa sangat tanaman. Banyak koleksinya di taman depan dan belakang rumah. Saya sekedar suka melihat ajalah, kalah nak pelihara sendiri, memang mati dijamin 🤣.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.