Kami nak survey kat Klang tapi sebelum ke Klang....pitstop di Shah Alam dulu. Kami singgah di Padangs On Wheels.
Kedainya luas. Ni deko di dalam kedai la.
Makanan yang boleh dipesan di sini. Banyak pilihan ya.
Hmmmm....nak makan apa ya?. Staff yang ambik order sebelum ni kata order customer sebelum ni tak ada dalam IPad dia. Jadi, dia kena ambik order balik. 😒 Hmmmm....nasib baik ada staff lain ambil order. Mulanya seorang je yang ambil order. Nak kena key in dalam IPad lagi.
Kalau tak nak makan nasi, boleh je order bakso ke, nasi lemak ke...lontong ke kat sini.
Kalau nak ikan gurame goreng pun boleh. Siap2 dah harganya RM75/seekor. Ok yang ni kami tak order.
Gambar kami sebelum makan.
Makanan kami order...
Gulai tunjang (urat).
Pergedil ni ada 2 tapi satu dah kena ambik. Besar jugak pergedilnya.
Ayam pop. Ada kuahnya beserta ulam daun ubi.
Hampir selesai makan dah ni.
Ada juga order kek Victoria Sandwich.
Kek Pistachio. Ni saya tapau untuk adik.
Kek lemon kalau tak silap saya.
Buttercake ni pun tapau untuk adik. Nak ke rumah adik sebab nak ambik barang yang dibeli di Jepun.
Ada kuih-muih juga.
Ni saya ambik satu ni. Ni ialah kulit lembu. Dah lama tak makan. Dibuat macam keropok la ni.
Makanan kat sini banyak pilihan juga. Selain daripada itu ada kuih-muih dan juga kek. Nasi yang diberi juga banyak. Tempat pun selesa. Kalau tak nak aircond, boleh juga duduk kat luar.
Ada yang dah pernah try Padangs On Wheels?.
Padang On Wheels kami makan ni di :
60, Jalan Bola Tampar 13/14,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor
XOXO,
Ezna
Dekat dengan rumah ada cawangan Padang on Wheel nih..tapi tak pernah lagi try Kak Ezna...dua-dua jenis tak reti sangat mencuba, tunggulah nanti-nanti one day hihi
BalasPadamOh....tapi family akak suka masakan padang ni.
Padampernh mkn sini...kita pn ada order gulai tunjang...tp kek tk sempat try...kami aritu dlm 4 jenis lauk juga mkn berdua
BalasPadamGulai tunjang tu kalau Dania dia suka gulainya. Kita suka tunjang dia....
PadamBagi saya kecil kemungkinan saya akan mencoba ini saat di KL. Sebab fokus saya pasti ke kuliner khas Malaysia untuk dicoba, drpd Indonesia 🤣.
BalasPadamTapi menarik menunya. Kerupuk kulit lembu itu kami sebut kerupuk jangek. Makan sambil disiram kuah gulai, sedaap 😄.
sedap2 belaka mknnya!! butter cake tu my fav laaaa
BalasPadamSA suka ikan Gurame tu..dah beberapa kali makan di Restoran nasi Padang...first time makan masa kat Jakarta, SA makan di Restoran Bebek Tepi Sawah...sedap...lamanya tak makan nasi padanag
BalasPadamRasanya pernah makan di kenduri sahabat di rumah, datangnya dengan food truck bertahun2 sebelum ni. Nama macam sama. Padangs On Wheels.
BalasPadamTak pernah cuba try, test makan kat sini.
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.