Pagi lagi hubby dah kena pergi JPJ untuk mendaftarkan kenderaan. Jika nombor pendaftaran special ni boleh daftar kat JPJ Padang Jawa, Shah Alam atau JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Salesman motor suruh daftar kat Wangsa Maju sebab kurang orang berbanding Padang Jawa. Leceh juga bila beli nombor special ni. Dah la kedua JPJ ni jauh dari tempat kami. Paling dekat tu JPJ Bandar Baru Bangi.
Bila tiba JPJ, nombor giliran ada 11 orang kat depan. Ok la takde la lama sangat nak menunggu. Betul la kurang orang kat sini.
Tak lama kemudian selesai la urusan pendaftaran. Rupanya waktu tengahari, motor baru dah ready untuk collect. So, tengahari waktu rehat hubby ke Klang naik grab. Bila nak balik, motor baru kena tinggal la kejap. Hubby bawa motor ke office dengan motor lagi satu. Malamnya nak ambik motor baru jadi datang la kami naik kereta. Baliknya saya la kena drive kereta. Saya kalau drive malam-malam ni saya tak suka sangat. Jarang juga drive malam-malam. Kalau tempat familiar saya ok je.
Tunggu keberangkatan tiba motor baru....siap-siap la buka pintu pagar. Moga dapat berkhidmat lama la hendaknya. Motor skuter ni bukan jenis bawa laju pun. Slow ajer.
Alhamdulilah....ex UPM student dapatlah nombor pangkal UPMnya tapi insya allah bila Dania dapat keretanya nanti....akan dipasang ke kereta Dania pulak. Motor ni kenalah cari nombor yang baru pulak.
XOXO,
Ezna



Sama la kita malam tak boleh drive sangat. Tahniah dapat motor baru dah. Akhirnya selesai aktiviti pencarian motor.
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.