Pagi-pagi kami ke Haura Cafe untuk breakfast. Dania pakai jam yang kawan dia bagi tu.
Dalam perjalanan nak ke Fakulti Pertanian, kena lalu bawah jambatan ni. Jambatan ni lagi elok kalau dicat. Kalau maghrib ke mungkin nampak suram la jambatan ni.
Lalu juga menara jam warisan budi putra. Baru je menara jam ni dibina. Rupanya lama dah menara jam ni dirancang pembinaannya iaitu pada tahun 2006. Kos sebanyak RM1.6 juta ni hasil sumbangan alumni dari pelbagai latar dan bidang.
Ia akan menjadi bangunan ikonik tumpuan para pelajar ketika konvokesyen kerana ia berdekatan dengan Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tempat majlis konvokesyen diadakan. Ada tempat duduk ala stadium juga kat sini.
Lalu kawasan ladang pulak. Tak sure ni ladang apa tapi Dania pernah la amali kawasan ni masa asasi dulu. Kena mencangkul sekeliling bawah pokok tu untuk buang rumpai.
Dah tiba dah kat Fakulti. Dah berkedut pula baju bawah tu sebab pangku beg. Dania sangat jarang-jarang la pakai baju kurung ni. Kalau ada presentation barulah pakai. Baju kurung kedah design yang ni Dania kata baju awam sebab selalu nampak orang pakai. Kalau pakai, kadang pernah dengar kat R&R, suami ni cakap kat isteri dia...'eh baju you ni kan?', tak pun masa pakai kat Fakulti, Dania ada dengar orang belakang cakap 'eh baju tu sama dengan baju xxx la...cuba tanya dia beli kat mana?'. Hehehe.
Moga presentation bertajuk IVM/IVF Embryo Production berjalan dengan lancar.
XOXO,
Ezna





Selamat tahun baharu dan moga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya
BalasPadamfirst time singgah sini... dan terus follow... selamat tahun baru 2026...
BalasPadamAll the best dengan presentation nya sweetie Dania. Moga cemerlang selalu.
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.