Ni saya nak keluar dah ni. Masa ni kucing hitam ni suka la tidur kat spoiler kereta saya. Bila keluar pintu dia akan terjaga dari tidur. Kalau tak tidur kat spoiler ni dia tidur atas kereta. Paling suka kat atas bumbung tu. Bila dia nak turun tu yang ada cop kaki kat cermin kereta tu.
Kadang pok pok la badan dia ni ha...bila kereta ni tak ada dia sambung tidur pulak kat atas kereta lagi satu. Bila cukup time makan, dia pun 'Mao'. Bunyinya mao bukan meow. Kadang 'Wow'.

Mengada sungguh dia. Kali ni bunyi dia hmm pulak.
Lepas tu dah ke sana ke sini....penat la pulak kan. Teringin nak makan pizza. Jadi order Pizza Api kat Grab. Pizza ni kalau nak order kat Grab, dia ambik masa juga sebab Pizza ni lambat nak masak dalam 30-40 minit. Kalau lapar sangat kena order lain. Pernah la saya order Pizza ni masa makan kat Tapak Urban Street Dining @ Cyberjaya. Ambil masa lama juga nak masak ya....kang takut lapar-lapar kita pulak keluar 'api' sebab makanan lambat tiba. 😅
Saya order Pizza Fake Margherita. Pizza margherita ni ada cheese, tomato dan daun selasih. Sedap la rasanya. Saya suka.
Makan pulak dengan sos dari Sabah iaitu Sabacco. Sedap.
Pizza ni makan dua slice pun dah kenyang jadi simpan la selebihnya. Sambung makan kemudian pulak.
XOXO,
Ezna



Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.