Melawat kawan Dania di hospital

Hari Khamis 23 Jan 2026, Dania bagitau ada derma kilat untuk kawan Dania course lama dulu nama Kasih. Kasih terlibat dengan perlanggaran dengan Hilux hari sebelumya. Masa tu Kasih bawa motor. Patah tangan kirinya. Bayangkanlah. Saya dulu teringat la pernah berborak-borak dengan Kasih masa Dania sibuk menanam jagung time Dania course Agribusiness tu. I remember...borak-borak kat pondok sebelah ladang jagung tu. Tak silap masa tu saya tersebut jugak yang Dania minat course Animal Science. Sebenarnya Kasih pun ada minta course Animal Science tapi yang dapatnya Agribusiness. Fast forward Dania sekarang dapat course idaman dah. Alhamdulilah. Kot masa cerita tu malaikat ada aminkan apa yang saya cakap pun mana tahu kan?. 

Hari Jumaat pula, kami ke IOI City Mall nak cari buah tangan la untuk Kasih. Selalu orang bawa buah-buahan la kan....saya google apa yang sesuai dijadikan hadiah untuk orang yang patah tangan. Google tu suggest cushion, buah-buahan, vitamin, majalah. 

Saya dapat idea untuk bagi cushion la. Jadi, dia boleh la letak tangannya atas cushion ni. Mulanya saya google dulu kat Nitori. Macam menarik pula kucing ni. Mochimochi Cushion Cat. Nasib baik la IOI City Mall ada Nitori ni. Kedai barangan dari Jepun. Harga dia berpatutan la bagi saya. 

Credit : Nitori

Ni masa kami singgah Nitori kat IOI City Mall. Ternampak pula Platypus ni sejenis soft toys. Memang sedap peluknya. 


Tak jadi beli kucing tu akhirnya beli yang ni....Platypus ni lagi gebu. Bila letak tangan atas ni lembut je. Saya dok membayangkan tangan Kasih letak atas soft toys ni. 

Credit : Nitori

Memang comel Platypus ni. Sejenis haiwan yang mulutnya macam itik. Besar jugak la kalau tengok gambar kat atas kan?. Dah la besar, comel pulak tu. 

Credit : Nitori

Dah beli Platypus dekat Nitori tu, tersinggah FamilyMart makan ice cream. Dania pilih strawberry dan saya pilih white chocolate. Kedua flavour pun sedap. 


Agak-agak dalam 4.30 petang, baru bertolak ke Hospital Sultan Abdul Aziz Shah ni. Waktu melawat jam 5 petang-7 malam untuk sesi petang. 


Pertama kali melawat orang kat Hospital Pengajar UPM ni. Nak parking pun senang dan banyak parking kosong. Nampak macam ada buggy juga bawa ke tempat parking. 


Mendung pulak cuaca petang ni. 


Bila ke wad, ada ibu Kasih juga kat sini. Ibu Kasih bagi saya duduk kat kerusi yang ada tempat sandar. Masa ni Platypus dah siap dipeluk lagi. Nampak belah kanan tu ada plush toys dan travel pillow juga buat pangku tangan Kasih yang patah. Bila 2 ni dah buat pangku tangan, Platypus ni buat bantal peluk Kasih la. 

Rupanya Mama Kasih ni lecturer kat Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Papa Kasih pula lecturer kat Fakulti Pertanian. Next sem insya allah papa Kasih akan ajar Dania subjek Livestock Breeding. Adik-beradik subjek Animal Genetics yang Dania kata hmmmm....susah. Ya Papa Kasih ni lecturer Animal Science. 

Kasih cerita kereta Hilux rempuh Kasih dengan laju. Nasib baik pakai helmet full face. Bila jatuh tu memang kepala terhentak dan helmet tu boleh elakkan hentakan yang lebih teruk. Katanya helmet tu macam tersagat. Nasib baik tak pakai helmet setengah tu yang jenis kecik tutup bahagian atas je. Bila Kasih jatuh boleh dengar bunyi prakkk (mungkin bunyi tulang yang patah). Naik motor on the way nak bertemu mamanya di Fakulti. Hilux ni kalau tengok kat jalan....kus semangat....bawaknya selalunya laju kan?. Mamanya pula cerita hari kejadian memang full mengajar lepas tu dapat rehat sekejap tu kiranya lega la kan lepas tu dapat pulak call kata Kasih accident. Memang berderau la darah. Nasib baik Fakulti dan Hospital Pengajar UPM ni pun dekat je. Masalah tangan kena simen tu pulak ialah rasa gatal. Macam mana nak menggaru kan? Kena distract la attention untuk benda lain. 

Operations untuk memasukkan besi pula tak dapat dijalankan dalam masa terdekat sebab operations theater fully booked. Hospital ni memang tenang je. Tak ramai sangat orangnya berbanding Hospital sebelahnya iaitu Hospital Serdang. Nampak tenang tapi operations theater fully booked juga. 


Kami ambik masa dalam 20-30 minit kot melawat Kasih. Tak nak la lama-lama. Kasih pun perlukan rehat dan bonding time dengan mamanya. 

Masa nak ke parking ni nampak meow ni tidur kemain nyenyak tapi saya tegur meow ni. Terbangun pulak dia. 


Dania main-main kejap dengan meow ni. 


Lalu pula Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Teringat la Dania pernah interview program Dietetik kat sini. Fakulti ni tengah-tengah diantara Hospital Pengajar UPM dan Hospital Serdang. 


Jadi, kalau nak melawat orang sakit di hospital yang patah tangan ni, boleh la hadiahkan cushion atau soft toys untuk pangku bahagian tangan yang patah tu. Memang membantu sebenarnya. 

Moga cepat sembuh Kasih. Dah la lagi 2 minggu nak final exam pulak ni. Mungkin Kasih perlu ke Fakulti untuk ambik exam jika dah discharge. Timbalan Dekan kata boleh buat exam dalam biliknya atau dalam dewan dengan kawan-kawan. Rasanya Kasih prefer dewan la kot. Takut pulak nak ambik exam dalam bilik Timbalan Dekan. 😅. Nasib baik pula tangan yang patahnya belah kiri jadi tangan kanan masih boleh menulis. 

Bila tengokkan Kasih yang nampak ceria dalam sakit tu pun dah jadi petanda positif dah. Banyak juga bercerita itu ini. Rasanya saya yang banyak menanya kat Kasih berbanding Dania. 😅 Kasih pun takdelah nampak macam sakit kan....walaupun saya tahu memang sakit. Bila minda kita positif...insya allah la semuanya akan menjadi baik. Proses penyembuhan pun akan berjalan lancar. Doakan ya kawan-kawan.....





XOXO,
Ezna

 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.