Masakan tengahari kami

Nak perabihkan ayam yang ada jadi kita buat la masakan iaitu ayam masak daun kari. Bukan ayam masak kari ya. 

Resipi Ayam masak daun kari

1. Ayam dilumur dengan serbuk kunyit dan garam
2. Bawang putih dikisar
3. Bawang merah dikisar
4. Cili api dikisar
5. Cili merah dikisar
6. Bawang Holland / Bawang besar (dikisar sedikit dan selebihnya untuk ditumis)
7. Daun kari saya letak 10 tangkai (lagi banyak lagi sedap sebab aroma dari daun kari tu)
8. Cili giling / paste cili (nak skip ni pun boleh tapi saya masukkan juga)
9. Kicap tiram
10. Kicap manis

Ayam digoreng tapi jangan bagi garing sangat. Takut keras pulak. Kemudian ketepikan ayam. Tumis daun kari dan bahan yang dikisar. Bawang yang dihiris pun masuk sekali. Masa ni bau dah kuat dari daun kari tu. Masukkan pula cili giling tu. Bila dah naik minyak tu masukkan pula 1 sudu kicap tiram dan kicap manis. Kicap manis tu bila masukkan jangan terlalu banyak. Perasakan dengan sedikit garam tapi kena berhati-hati sebab kicap tiram pun dah masin. Gaulkan dengan ayam tu sekejap. 

Jadi siaplah hidangan kita ni. 


Lepas tu saya tambah pulak kucai dengan telur. Dah siap la. Dalam masakan saya, bawangnya memang meriah sebab kami suka makan bawang. 


Alhamdulilah. Kenyang la kami. Dania kata boleh buat ayam tu masa bersahur nanti bulan puasa yang akan datang ni. Ok la....
 




XOXO,
Ezna

14 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Rasa mcm biasa post makan luar.. hari ini masak sendiri.. alhamdulillah sedap sedap tu lauk.. ayam goreng berkuah mcm tu the kids mmg suka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu hari biasa memang masak cumanya weekend kadang-kadang makan kat luar. Oh selalunya bebudak suka ayam goreng je....

      Padam
  2. Boleh buat ni daun kari dan bahan lain pun ada jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahan dia selalunya kita ada....cuba try nanti Cie.

      Padam
  3. Sedap ni ... Sy perasan Ezna selalu masak kucai + telur tu kan... Sy belum try, selalu kobis atau kacang buncis suka la goreng dgn telur ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah sebab ringkas je nak buat PH. Sedap rasa dia. Ya kobis dan kacang buncis saya pernah masak macam ni jugak. Cuma bila masak kucai ni kejap je tak boleh lama2 nanti tak sedap.

      Padam
  4. Langsung saya save kak. Tp kalau masalah saya, susaaaaah sangat cari daun kari di pasar dekat rumah. Mesti cari di pasar yg banyak penjual Aceh. Dan jauuuuuh 😭. Padahal saya sukaaa masakan yg pakai daun kari begini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh susah ya cari daun kari. Kakak kebetulan tanam pokok kari ni jadi mudah sikit. Ambil je dari pokok. Kadang2 kalau bukan di pasar mungkin di supermarket di gedung besar juga ada.

      Padam
  5. Kena KIV resepi nih..mana tau lain Kali boleh buat..TQ Kak Ezna

    BalasPadam
  6. alhamdulillah.nampak sgt sedap la ezz! terliur plak i tgk gmbr tu mlm2 ni hahahah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.