Bila seorang adik tanya nak kirim apa kat Jepun. Mulanya saya kata tak nak apa-apa tapi berubah last minute bila saya cakap nak kirim Mofusand. Dania minat sangat watak Mofusand ni. Seekor kucing yang akan pakai costume. Tak kiralah costume haiwan ke, makanan ke, buah-buahan ke atau karakter Sanrio ke.
Jadinya dapat la 3 gambar ni melalui whatsapp dan suruh Dania pilih. Ikutkan pilih 1 je keychain plushie ni sebab saya kirim 1 je. Lepas tu adik saya kata pilih 2. Hmmm ni silap-silap haribulan adik saya bagi free je tak payah bayar. Bukan boleh kira ni.
Saya ada pesan jugak kat adik, kalau tak jumpa tak apa sebab tak nak la terikat dengan nak beli barang saya kan. Just happy je kat Tokyo tu dengan family. Kalau terjumpa beli la. Tak sangka pulak boleh terjumpa. Mofusand ni memang jenama dari Jepun pun. In fact kalau ke Shibuya Crossing tu...ada kedai Mofusand besar kat situ baru buka.
Alahai comelnya semua ni. Dania akan letak kat beg tu. Kadang orang letak Labubu la, cry baby lah. Dania letak Mofusand.
Lepas tu adik saya tanya....ada ke lagi yang berkenan?. Tak ada pun. Memang plan nak beli keychain Mofusand je. Lagi pun tak suka la ambik kesempatan pulak ya. Walaupun adik....
Ok lah kan beli barang ori dari negara pengeluarnya.
Masa ke Miniso tu tengok barang Mofusand ni dah tak ada. Tak ingat shopping complex yang mana. Kena serbu agaknya. Kalau kat Miniso IOI City Mall tu tinggal sikit je barangan Mofusand ni. Punyalah ramai peminat-peminatnya.
Siapa lagi yang minat Mofusand?.
XOXO,
Ezna



Geram tengok cute2 kan
BalasPadamAh ah Mulan...saya pun geram.
Padamwahhhh all the way dari tokyo tuuu.special :)
BalasPadamSebab I kirim Suzz....
PadamComelnya patut Dania suka.
BalasPadamRamai rupanya peminat mofusand ni... Popular jugak ya?
BalasPadamWafi tak pernah sebut Mofusand ni.. tengah seronok dengan Fuggler dia.
BalasPadamWak belum kenal mofusand lagi.
BalasPadamKak M pula tak minat mofusand ni
BalasPadamUncle baru kenal dengan Mofusand ni... nanti uncle gugel
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.