Ni kisah hadiah hari jadi yang saya belikan untuk adik. Kadang tu bila nak mencari hadiah tu buntu jugak la kan. Bila saya discover satu tempat baru yang saya boleh cari hadiahnya iaitu di Marks & Spencer. Harganya ok jugak la bagi saya. Hari jadinya jatuh pada 21 Disember 2025. Tahun lepas la cerita ni. Berkongsi tarikh dengan anak bongsu juga. Anak bongsunya lahir selepas saya selamat menunaikan umrah tahun 2014.
Saya pilih set yang ni. Kalau beli sebelum Christmas ni banyak la set promosi macam ni. Tak tahu nak pilih bau apa so end up saya pilih rose la. Dalam set ni ada shower cream dan lotion. Ada tester kat situ boleh bau dulu. Pilih la mana ikut bau yang paling best kan....
Top up juga caramel cake Rumah Kueh Kak Zu ni. Cake ni petite je. Sangat la kecik tapi besar la daripada cupcake tu.
Hantar terus ke rumahnya. Borak la sekejap. Bila adik bau rose tu katanya wangi. Ok lah lega la kakaknya ni.
Memang kalau birthday adik kami akan saling bagi hadiah tapi adik yang ni paling la kesian sebab bila nak beli hadiah hari jadi kakak-kakaknya ni kena beli double sebab hari jadi kakak-kakaknya jatuh pada bulan Mei tapi tahunnya berbeza la. 😅 Hadiahnya selalunya sama cuma kadang bau / corak yang lain.
XOXO,
Ezna
Selamat hari jadi buat adik akak
BalasPadamSemoga dirahmati Allah selalu
Aamiin. Terima kasih Cuya. :)
PadamWangi hadiahnya tu. Kita suka set M&S ni sebab dia siap ada deodorant yg bau sama.
BalasPadamOh suka juga ya....deodorant Rose ni beli untuk diri sendiri je.
Padamlinda pula terbiasa bertukar2 hadiah birthday dengan kakak je.. dengan adik tak.. mungkin tahun ni boleh mula kot.. dengan kak ipaq senang. kita bagi e-wallet Zus je.. hihihi
BalasPadamDengan adik-adik ipar lelaki tak bagi apa2. Hehe. Ni bagi adik2 ajer sebab akak ni anak sulung.
PadamSanah helwah utk ur adik.cute hadiah tuu
BalasPadamPernah bau...Sedap bau ni...=)
BalasPadamBest bau rose....sure adiknya suka...
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.