Ekues Kabin Cafe

Ni kisah weekend 25 Jan 2026. Hubby ajak minum petang kat sini. Sebelum ni ada pergi tapi dah nak tutup pulak dia. Ekues Kabin Cafe ni terletak kat dalam Taman Ekuestrian Putrajaya. 

Cafe dia bangunan kaca dan boleh juga duduk di dalam atau di luar.

Close up cafe dia. 

Kita posing dulu la kat sini ya. 


Kena duduk dulu kat bench ala ala kantin sekolah. Ni sebab kena beratur la ya. Nak duduk ni tunggu ada meja kosong baru la dapat tempatnya. Kalau datang petang, last order pada jam 6.45 petang ya. Dalam giliran tu kami orang kedua. 


Makin lama datang pulak ramai nak makan kat sini dan mostly datang ramai-ramai la. 


Kucing ni mengada dengan Dania. Elok je tidur depan kasut Dania tu. 


Saya panggil kemudian kucing ni nak pergi kat saya. Haaaa tau panik. Hehe


Kami dapat tempat kat atas ni. Ikutkan nak la makan kat bawah tapi sebab kita pun tak tahu bila pulak boleh dapat meja kan. Dah la last order jam 6.45 petang. 


Saya pilih air hot chocolate. Ada juga scones. Scones ni share bertiga je. Scones ni lembut je bukan jenis keras dan senang berderai tu. Saya suka la. Didatangkan dengan jem dan cream. 


Dania pilih strawberry matcha. 


Hubby pilih Hazelnut Latte. 


Kami....


Selesai makan sambung pula ambik gambar lagi. Ni kat luar cafe. Tumbuhan ni nampak macam lalang tapi tak tahu la apa namanya. 


Gambar Dania pulak. 


Ada jual cookies juga kat sini. 


Marilah kita ambik gambar buat kenang-kenangan. Serius cantik la Pusat Ekuestrian ni. 


Boleh buat juga event kat sini. 


Memang mengadap kawasan padang ekuestrian yang luas ni. Kalau dapat tempat cafe kat luar ni menarik la kan. Lain kali kalau nak minum petang kat sini kena pergi awal lagi. 


Aktiviti kat sini kalau berminat. 


Ambik lagi gambar cafe sebelum ke tempat parking. Cantik kan?. 


Berdekatan dengan parking ada stable kuda. Kuda ni seekor dibiarkan berseorangan. Bila kita cakap lembut-lembut dia pandang pula kat kita. Jangan berdiri belakang kuda ya...takut dia tendang je. Kaki kuda memang kuat. Tengok la badannya pun. 


Entah berapa ekor kuda kat sini. 


Ambik gambar dengan salah seekor kuda yang tengah makan dalam baldi tu. 


Ni kuda warna gelap sikit ni. 


Dania nanti kena intern 6 bulan. Nanti la tahun keempat nanti. 3 bulan kena intern dengan haiwan ruminan dan 3 bulan pula dengan haiwan bukan ruminan. Kuda ni terdiri dari haiwan bukan ruminan. Dania pun berminat juga nak ambik subjek elektif sains haiwan iaitu pengurusan ekuin. Kalau ambik subjek ni boleh la tahu pasal penjagaan kuda ni. Subjek elektif ni kena ambik masa Year 3 nanti. Bab intern pula kita tengok la mana rezeki Dania nanti. Berdekatan dengan rumah memang ada beberapa Pusat Ekuestrian. 

Jadi...Ekues Kabin Cafe ni best ke?. Kalau tengok pada permandangan yang dihidangkan ni memang menarik betul cafe ni. Harganya bagi saya tak murah. Standard harga cafe. Kalau dapat duduk kat luar memang seronok la kan dengan suasana menarik Pusat Ekuestrian ni. Nanti nak repeat lagi tapi kena datang awal sikit.

Terima kasih hubby bawa kami kat sini 💜




XOXO,
Ezna

1 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.