Dari Mitsui Outlet dah petang sangat jadi lepas tu menuju ke Alamanda. Dinner kami ni awal sikit la.
Dania makan mi tarik dumpling ni. Memang ini yang paling disukai kalau ke Food Court Alamanda ni. Dalam tak tau nak makan apa...ini juga dipilihnya. Dumpling tu kadang saya mintak la 1...kali ni tak terasa pulak nak makan dumpling tu.
Hubby makan roti john. Boleh pulak tak ada gambar. Lupa nak ambik sebab roti john tiba paling lewat. Saya makan waffle dengan butter dan syrup.
Kononnya lepas makan, Kami solat maghrib siap-siap kat Alamanda ni. Bila masa pendek, ramainya kat surau....lepas tu, Dania nak ke rotiboy sebab nak try pocketboy. Ice cream dalam rotiboy. Tengok barisan macam ni terus cancel la. Rupa-rupanya...limited time only hanya di outlet Rotiboy Alamanda. Tak ada kat outlet lain. Nasib baik la Alamanda ya sebab dekat la dengan rumah. 😅. Kalau dibuatnya kat outlet lain nak pergi tu bercinta la agaknya....
Dah plan dengan Dania nak pergi lepas kelas hari biasa. Weekend memang ramai la kan.
Plan makan kat Alamanda sebab lepas tu nak ke Taman Warisan Pertanian, Putrajaya ni. Ada Ezydurian kat sini. Hubby nak cari baby durian pulak.
Takdelah sesak mana kat sini. Oklah. Barisan tak panjang sangat.
Baru-baru ni dah try blackthorn dan musang king jadi kali ni cuba udang merah pulak.
Masukkan dalam bakul dan hubby pilih 3 biji. Beratnya dalam 3kg lebih sikit je.
Saiz durian ni baby je. Maknanya kecik je la dengan harga RM19.90/kg
Tengok la saiz buah durian dengan muka Dania.
Tak makan situ. Tapau balik je sebab mereka nak tutup awal sikit sebab ada perjumpaan dengan bos katanya. Kalau tak tak tutup lagi. Time ni la pulak nak ada perjumpaan ya....
XOXO,
Ezna



dan lagi yaaa malam2 cari durian ;-)
BalasPadamOh walaupun baby tapi manis ya kak? Keciiiil sangat 😂
BalasPadamTertarik lah lihat mi tarik dumpling Dania. Itu jenis mie nya yg kecil yaaaa. Saya suka yg begitu.
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.