Baiki gergaji dan Drone

Hubby dah plan nak potong / trim pokok kat rumah. Bila nak start gergaji ni....tak boleh start jadi hantar ke kedai untuk dibaiki. Hantar pagi kemudian petang dah boleh ambik dah. Gergaji ni pakai petrol. 


Ni lah rupa kedainya kat Kajang. 


Kemudian kami ke tanah lapang kat Putrajaya ni. Suasana kat sini memang sunyi tapi selalu nampak Hezeri Samsuri youtuber dari Careta test kereta kat sini. Kawasan ni berbukit. 


Tengah mencuba la ni. Percubaan pertama, drone ni tak boleh terbang. 😅 Ater....nak terbangnya pun tak reti. Actually drone ni dapat dari hadiah. Dania ada menang hadiah satu pertandingan ni. Salah satu hadiahnya ialah mini drone ni lah. Excited nak test mestilah hubby. Ni saya teman je ni. 


Akhirnya drone ni naik 2 kali.....pastu Pak Guard datang kata tak boleh main drone kat area ni. Kami pun simpan la drone ni. Memang kami tak alert dengan larangan main drone ni. Barulah nak surf google. 

Zon Utama Larangan Drone di Malaysia :

Bangunan Kerajaan 
a. Parlimen
b. Balai Polis
c. Pengkalan Tentera
d. Pusat pemeriksaan imigresen

Istana Diraja dan Kediaman
a. Istana Negara
b. Istana Abu Bakar
c. Istana Seri Menanti

Lapangan Terbang
a. Lapangan terbang komersil dan persendirian
b. Helipad
c. Kawalan trafik udara

Infrastruktur Kritikal
a. Loji kuasa
b. Loji rawatan air
c. Fasiliti minyak dan gas
d. Menara telekomunikasi

Kawasan awam yang ramai
a. Konsert
b. Stadium
c. Taman awam (jika ada acara tertentu akan ada sekatan)

Taman Negara dan Rizab Hidupan Liar 
a. Taman negara

Ikutkan dalam kategori ni memang tak ada la sekatan bermain. Taman ni pun lengang. Tapi bila google ada pula sebut yang ni pulak...

6 kawasan larangan drone : 

a. Kawasan lapangan terbang
b. Kawasan istana negara
c. Bangunan berkembar KLCC
d. Putrajaya
e. Kawasan parlimen
f. Kawasan kem tentera. 

Kalau yang ni memang kena la kat d tu. Jadi jangan berani main / test drone kat kawasan yang disebutkan ya. 

Ada ke yang bermain drone?. Kawasan mana yang anda bermain?.




XOXO,
Ezna



 

6 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. SA memang tau ada kawasan larangan bermain dengan drone..tapi ada je yang x endahkan..especially masa hiking dulu...kalau nak terbangkan drone untuk event company ada step by step dia..kira ada permohonan jugak..x pasti macam mana caranya

    BalasPadam
  2. best kalau pandai amik gmbr/video guna drone! i tak reti la nak main drone ni hahahha

    BalasPadam
  3. Sy mmg idak la main drone, tak reti 😂
    Tapi macam banyak je kawasan larangan tu, mana nak mainnya ? Hehe

    BalasPadam
  4. Banyak jugk kawasan larangan dia. Takleh sebarangan rupanya

    BalasPadam
  5. Hari tu ada orang dalam taman Cie ni main kat playground. Sekali terbang terus tinggi & hilang uncontrolled. Taktau la lepas ke mana tu.

    BalasPadam
  6. Takde lagi drone, dan tak pernah main drone..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.