Zootopia 2

Credit : GSC 

Sempena Dania takde kelas, kami ada pergi menonton Zootopia 2. Kawan Dania yang dah tengok movie ni kata ada elemen animal behavior dalam movie ni. Animal Behavior ni salah satu subjek yang Dania belajar. Tu yang Dania nak tengok movie ni. 

Nick Wilde seekor musang dan Judy Hopps seekor arnab ni partner dalam ZPD (Zootopia Police Department). Partner haiwan yang lain semuanya spesis yang sama macam kuda belang dengan partner kuda belang juga, badak air pun partner dengan badak air juga. Nick Wilde dan Judy Hopps je partner janggal berlainan spesis. Satu hari Judy ternampak kulit ular dalam kenderaan yang membawa barangan seludup. Semua orang tak percaya kerana ular dah beberapa tahun tak pernah nampak di Zootopia. Judy syak yang ular ni akan berada di Gala Zootenial jadi keduanya Nick Wilde dan Judy Hopps pun ke majlis tersebut. Majlis tersebut diadakan oleh keluarga kucing lynx yang merupakan keturunan kepada Ebenezer Lynxley yang menjumpai negara Zootopia. 

Masa kat majlis tu sah la ada seekor ular bernama Gary De Snake. Semua pun terkejut la dan akhirnya ular tu pun beritahu Judy Hopps yang beliau sebenarnya tak jahat dan tanggapan haiwan lain terhadap keluarga ular ni adalah salah. Dia sedang mencari journal yang akan membuktikan keluarga ular tu sebenarnya baik. 

Judy dan Nick menyiasat kes Gary De Snake yang melarikan diri tu dan membawa mereka kepada penemuan tempat semua reptilia bersembunyi iaitu di Marsh Market. 

Penyiasatan akhirnya mengesahkan sebenarnya haiwan pertama yang menjumpai Zootopia ialah moyang kepada Gary De Snake. Haiwan yang mendapat credit dari journal kepunyaan moyang Gary ni ialah Ebenezer Lynxley. Dia menukarkan 1 page penting dan akhirnya nama beliau yang tertera sebagai haiwan yang menjumpai Zootopia. Kemudian dia menfitnah moyang Gary De Snake yang membunuh pembantu rumahnya seekor kura-kura yang ternampak perbuatan jahat Ebenezer Lynxley. Jadinya itulah sebabnya keluarga reptilia diusir dari Zootopia. Sebenarnya kura-kura tu terlihat perbuatan keji Ebenezer Lynxley tu mengoyakkan mukasurat yang pertama tu bagi menghilangkan bukti siapa yang jumpa Zooopia. 

Apakah kesudahannya? Kena tonton la Zootopia 2 ni.

Animal Behavior di dalam Zootopia 2 : 

1. Cicak bila rasa terancam akan tertanggal ekornya. 
***Bila Nick terlanggar ekor cicak kemudian ekor tu terputus secara tiba-tiba. 

2. Kucing dia suka kepada lampu.
***Dalam movie ni ada polis trafik haiwan menyuluh lampu ke arah salji kemudian kereta yang dipandu kucing memandu ke arah cahaya tersebut dan termasuk dalam timbunan salji. 

3. Gajah takut kepada gerakan yang cepat kerana matanya yang agak kabur.
***Dalam movie ni ada part gajah terkejut dengan ular dan tikus yang berlari. 

4. Kambing gunung di atas gunung.
***Kambing gunung dilihat hiking di atas gunung bawa backpack hiking. 

5. Ular akan bersalin kulit.
***Ada beberapa kali ditonjolkan kulit ular. Realitinya ular menukar kulitnya untuk membesar. 

Walaupun kartun tapi elemen tingkahlaku haiwan tu mengikut realitinya. 

Boleh nampak la jalan cerita ni macam kisah realiti sekarang ni. Haiwan yang claim tempat tu dia punya sebenarnya bukan dia yang jumpa tetapi haiwan lain jadi dia fitnah la haiwan reptilia tu membunuh padehal yang bunuhnya kucing lynx tu sendiri. Twist cerita....orang lain pun percaya. 

Saya bagi 3.5 / 5 la movie Zootopia 2 ni. Sesuai untuk tontonan semua. 

1 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Iris gi tgk citer ni ngan kawan2 dia hari ni.. dia kata best jugak

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.