Cuti sekolah dah pun bermula jadi kat surau rumah kami ada mengadakan program Sunathon. Program ini lazimnya bekerjasama dengan pelajar perubatan University of Cyberjaya (UOC). Nama lama UOC ni Cyberjaya University College of Medical Science (CUCMS).
Saya ada gambar tahun 2018 dengan salah seorang pelajar perubatan UOC. Beliau ni Amalia. Anak kepada madu Dato' Nurulhidayah Zahid (Anak Ahmad Zahid Hamidi). Saya follow ibu Amalia ni kat IG. Ibu Amalia ni bernama ciknana911 kat IG. Orangnya suka tersenyum di IG dan kalau kita komen selalunya ciknana akan balas. Bukan la kenal dekat sangat dengan ciknana (mama kepada Amalia) ni tapi dari IGlah saya kenal. Kemudian pernah la berDM kat IG. Saya beritahu ciknana yang saya dah jumpa Maiya (nama panggilan Amalia) kat surau. Sanggup cari ya. Nasib baik masa tu Maiya tak sibuk lagi.
Fast forward, ibu tiri Maiya ni Dato' Nurulhidayah dah jadi ahli lembaga pengarah UPM ya. Ciknana pun dah meninggal tahun 2020. Beliau yang meminta Nurulhidayah ni mengahwini suaminya. Masa Amalia kahwin memang ciknana dah 'pergi' dulu. Ada la saya bagitau Maiya ni saya kagum dengan mamanya. Maiya cakap mak memang macam tu.
Tadi kisah tahun 2018, ni kisah tahun 2025. Pelajar UOC juga datang mengkhatankan adik2 ni. Sebelum tu adik-adik ni kena sembur dengan air bomba dulu la ya. Hubby seperti biasa kena tolong bantu juga masa ni.
Saya bagitau hubby yang Syahmie ni join group Sunathon kat surau lepas tanya ibunya yang juga sepupu saya Kak Aya. Bagitau pulak hubby sampai dia cari dan ambik gambar. Tak cam sangat sebab hubby jumpa pun sesekali je. Tapi....saya pun jumpa sesekali tapi dah cam dah. Hehe. Syahmie ni pelajar UOC la. Dapat tajaan YTP Mara lagi. Kiranya dua pupu Dania la. Sebaya dengan Dania jugak. Ibu saudaranya yang nama Kak Nina tu...yang saya ada cerita kat blog tentang sepupu saya meninggal.
Ni selepas habis program. Terlajak sampai jam 3 petang sebab ada anak2 yang baru datang disebabkan mengikut konvokesyen adik beradik. Baju merah dan ketayap putih tu AJK surau la.
Ada pengalaman la pelajar UOC ni dalam mengendalikan program sunat ni kan. Bukan di surau rumah saya je ni tapi ada beberapa masjid dan surau juga turut bekerjasama dengan pelajar UOC.
Caj yang dikenakan minima je rasanya sebab surau pun ada buat tajaan jugak. Kalau 2 beradik sekali kena bersunat dah boleh jimat kos dah kan....
Insya Allah akan ada lagi program seperti ini pada tahun hadapan.
XOXO,
Ezna




Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.