Hubby cakap nak membaiki baju denim yang kehilangan butang besi dan baju jaket yang rosak zipnya. Kemudian nak pergi cari kasut kulit pulak. Ok jom la kita ya.
Sebelum ke Kuala Lumpur, kena isi perut dulu ya. Breakfast dulu kat Hentian Sebelah di Serdang ni.
Makan nasi lemak dulu.
Masa tengah makan, lori ni dok hon hon. Rupanya tak boleh nak masuk hentian ni sebab ada kereta parking di bahu jalan. Bukan parking kat dalam kotak parking. Hati-hati lah ya dan kena beringat sebab saya ada nampak kat facebook kereta yang parking di luar kotak parking kena seret keretanya dengan lori. Lori ni takde hal kalau nak langgar kereta pun....dia besar kan. Kereta la yang sakit kan.
Lepas tu kami menuju ke Pertama Complex. Nampak kedai ni terus masuk dan hubby pun keluarkanlah baju yang nak dibaiki tu. Mulanya ada yang saya tak perasan lagi....sekali.....
Kat lantainya saya terkejut....penuh dengan sampah ke apa ni?. Macam potongan kain, potongan apa tah lagi....saya siap cakap sampah ke ni?. Dia kata bukan. What say you?. Ni first time saya nampak kedai yang pelik macam ni. Dania siap kata kalau ular pun boleh menyorok kat sini 😅. Mungkin pada mulanya kain jaket, kain baju yang dipotong tu dibiarkan jatuh kat lantai. Tak disapu...kemudian bertambah pula kain yang lain sampai membukit kat lantai tu. Lama-lama mungkin boleh sampai siling.
Datang sini dalam jam 9 lebih macam tu ada la kedai yang buka dan ada yang masih tutup.
Lepas tu bayaran takde QR code. Nak cash je. Nasib la ya ada duit syiling sekali. Sekarang ni dah tak bawa dah duit banyak2 dalam dompet. Kita transfer kat QR code je.
Selesai membaiki baju kami ke bangunan sebelah pulak....Sogo. Ni Dania bergambar kat BTS. Ada jual merchandise BTS. Kata sales girl, barangan dari Korea datangnya. Bila Dania tengok macam nampak murah pulak merchandise BTS ni. Takde yang special. Macam tak berbaloi la dengan harganya yang mahal. Kita ambik gambar je lah.
Kat tingkat atas Sogo ni ada deretan jenama dari Malaysia macam Bayu Somerset, Mira Filzah, Naelofar, Poplook, Hegira, Siti Khadijah, Tudung Ruffle etc.
Lepas tu ke food court pulak.
Pilih nak lunch kat Mee Tarik Warisan Asli ni.
Mi Tarik Dania punya.
Nasi goreng udang saya punya. Portion dia banyak....confirm tak habis ni.
Dumpling ni memang favourite ni jadi kami pilih beef dumpling.
Hubby pulak Mi kari tapi feedback hubby suka mi kari Mohd Chan lagi.
Hubby nak mencari kasut pulak. Ada yang berkenan kat Clarks tapi ada sedikit design tu tak berkenan. Hmmm cerewet ni. Akhirnya tak jumpa kasut yang hubby suka.
Lepas tu dari Sogo ni singgah pula Masjid At Taqwa, Taman Tun tu. Dari situ ke rumah adik sekejap nak hantar barang.
On the way nak sampai rumah singgah pula Astana Putra tempat makan kat Jalan Maklumat, 43400 Serdang, Selangor. To be exact sebelah Fakulti Pertanian, UPM je.
Order cucur udang 3 kuah. Alahhh cucur udangnya macam kurang rasa la. Tak seperti rasa kami makan sebelum ni.
Dania cendol pulut. Errr pulutnya warna merah pulak. Hubby pula cendol lempuk durian. Kekurangan cendol ni ialah takde bahan seperti jagung dan kacang merah. Saya pula pilih air cincau. Ok la rasanya kurang manis.
Lepas tu barulah kami balik ke rumah. Membaiki baju dah tick dah. Mencari kasut je tak tick lagi. Adakah akan ada misi mencari kasut lagi?.
XOXO,
Ezna





Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.