Subjek yang tiada jam kredit tapi wajib lulus untuk graduasi ialah LAX. LAX ialah subjek English yang ada aktiviti mengikut tajuk group yang dipilih. Ada LAX 6 mata dan LAX 12 mata. Dania kena ambil keseluruhan 24 mata jadi samada 4 LAX 6 mata / 1 LAX 12 mata + 2 LAX 6 mata / 2 LAX 12 mata. Janji mata keseluruhan tu 24 mata LAX. LAX pula ada yang group sampai 10 orang....Dania ambik group yang 6 orang la sebab tak banyak kerenah berbanding ramai-ramai tu.
Dania kata nak habis cepat-cepat LAX ni sebab selagi tak habis kena daftar LAX ni setiap sem sampai mencapai 24 mata. Insya Allah ini LAX terakhir la Dania kena ambil. LAX ni diadakan secara online mengikut timeline dan submission yang ditetapkan.
Group LAX 12 mata bertajuk The Teh Tarik Book Chat. Bila daftar tu kita tak tahu siapa yang masuk group kita. Kiranya random la. Kalau nak sama dengan gang kena daftar sekali. Dania tak kisah gang ke tak Dania daftar je. Janji selesai LAXnya.
Ni lah group latest sem ni. Group ni ada 6 orang dengan masing2 ada yang ambil Sains Komputer, Sains Fizik dan seorang tu Sains Haiwan. Group Dania kali ni majoriti senior semester akhir. Tu lah mukanya matang gitew....Kali ni kena discuss pasal 3 buku yang dipilih. Nanti bila dah baca kena komen pasal plot, apa yang disukai, pasal author etc.
3 buku yang dipilih oleh group Dania ni untuk dibahaskan / dikomen / bagi pendapat ialah Lord of The Rings (JRR Tolkien), Animal Farm (George Orwell) & Hunger Games (Suzanne Collins). Dania yang suggest buku Animal Farm tu pastu bagitau ummi mentang-mentanglah ambik Animal Science jadi buku pun pasal Animal 😆.

Semester sebelumnya Dania join group LAX 6 mata dan bertajuk Have Food Will Travel. Kena discuss pasal tempat makanan menarik dan komen la juga tempat makanan yang kawan-kawan suggest. Ada seorang kawan dari negara China. Terdiri dari pelajar Pengajian Pengguna, Sains Komputer dan Pengajian Makanan.
Kat bawah ni pula kawan-kawan LAX 6 mata untuk Poetic Society jadi kena komen pasal Poem dan kena baca juga poem tu. Ada seorang kawan dari negara China. Bila discuss tu yang dari negara China ni agak sebutir sebutir cakapnya. Group Dania ada juga bantu beliau nak cakap apa especially yang ambil Linguistik Inggeris tu. Ada ambil Biologi, Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan, Ekonomi, Sastera Bahasa dan Linguistik Inggeris, Bacelor Sains Taman dan Rekreasi.
Setiap minggu ada la perjumpaan online sebab mereka nak rekod video tu. Ambil masa dalam 1 jam lebih jugak la meeting tu. Bagus juga la aktiviti macam ni sebab boleh berjumpa dengan kawan-kawan dari fakulti yang lain walaupun di dalam alam maya. Boleh bertukar pendapat dengan menggunakan Bahasa Inggeris.
Kena mencapai tahap M untuk lepas dan harap-harap bukan la tahap TM. Kalau tahap TM, kena mengulang sampai dapat M. Masa meeting online tu setiap orang kena memberikan pendapat masing2 mengikut task yang ditetapkan setiap minggu. Pernah ada kawan yang tengah bercuti pun kena jumpa online. Dia pelajar dari China lepas tu bercuti kat Indonesia. Nampak la dia naik teksi kemudian jalan-jalan kat taman. Janji task diselesaikan iaitu dengan memberikan pendapat. Ok juga la english dia walau ada accent dari China.
Lain Uni lain caranya. Mungkin ada yang tak payah ambik pun English....tapi UPM ni banyak nau...ada set LAX (24 mata LAX), set LPE (2 Kelas) kena ambik dan set CEL (2 Kelas...1 tengah ambik semester ni) 😅. Set LAX ni insya allah sem ni dah selesai. set LPE pun Dania dah selesai....Fuhhhh...Set CEL je cuma 1 je lagi kena ambik. Kena check bab English ni betul2 sebab tak cukup ambiknya nanti sangkut masa nak graduasi.
Kalau pelajar Universiti Putra Malaysia kena check betul2 ya pasal set English ni.
Ezna







Dulu kat sekolah, wak paling tak suka subjek bi ni.
BalasPadamTak pernah lulus pun.
Ya ke Wak?. Subjek wajib lulus time tu Bahasa Malaysia. Kalau sekarang wajib lulus Sejarah. Kalau tak lulus sejarah gagal semua. Lagi satu kena lulus matematik. Tak lulus susah nak masuk mana2 kalau nak belajar peringkat tertinggi.
PadamBagus jugak ada course ni, menggalakkan anak2 rajin membaca dan mengasah minda untuk melontarkan pendapat tentang buku2 yg dibaca.
BalasPadamYa kena beri pendapat.....
PadamSA dari sekolah rendah memang suka BI...persatuan pun masuk persatuan BI...apa je yang ada BI SA suka...so sekarang BI memang penting dalam pembelajaran kan...Dania pandai BI tapi dia paling takut nak cakap BI...part tu dia blom confident...
BalasPadamBI ni penting sebab nak berkomunikasi dengan orang luar. Janji orang luar tu faham apa yang kita nak sampaikan. Insya Allah boleh lagi tu untuk Dania improve. Esok dah kerja nanti memang kena speaking la agaknya.
Padamall the best utk dania!! zharfan dpt exemption utk english masa kat CFS lagi, so bila masuk main campus ni, kena fokus utk all other uni requirement course lah (skills, leadership, usrah etc etc)
BalasPadamItulah kat sini tak ada exemption untuk English pun. Asasi dan Degree dua-dua kena ambik. Ikut Uni sebab semua Uni lain2 requirement. Kalau UIA ada usrah etc. Kat UPM tak ada....
PadamBagus sangat ni. Improve English dan boleh kenal dengan ramai kawan dari fakulti lain dan negara luar juga. Baguslah masing-masing membantu. Semoga berjaya untuk Dania dan kawan-kawan.
BalasPadamYa boleh menambah kenalan juga dalam UPM ni. Terima kasih atas doanya. :)
PadamAnimal Farm tu kira makanan Dania lah.. kalau dah minat.. buku pun tentang haiwan.
BalasPadamHehe tapi walaupun nama buku ni Animal Farm....tapi sebenarnya penulis nak tunjuk perangai manusia zaman Soviet Union dulu. Dia tunjuk dalam konteks haiwan ladang.
PadamOh, mcm ni pulak rupanya English di IPT sekarang ni... br tau jugak mcm ni kaedah PDPnya skrg
BalasPadamTeringat dulu kalau kat UiTM ada class BEL...course saya kena amik dari sem 1 sampai 6 (kira subject wajib)..banyak jugak aktiviti..tapi semuanya dalam class n kena present dalam class...those days hihi...
BalasPadamBanyak juga mata kena kumpul tu. Good luck Dania!
BalasPadam