Ahad, November 23

Frust makan nasi ayam hangit

Frust masa lunch makan nasi ayam hangit....terus untuk dinner sendiri masak nasi ayam. Ni sebab frust punya pasal ya. Nasinya masa makan tengahari tu tak ada langsung rasa nasi ayamnya. Pastu hangit pulak tu. Mungkin dia terima tempahan juga walau tak reti buat nasi ayam. Geram je rasa. 😐

Bahan kat bawah ni saya yang masak ya. 


Presenting nasi ayam saya....ayamnya setelah direbus kemudian masuk sama dengan beras nak masak nasi ayam. Tanak sekali la tapi sebelum tu ayam tu dilumur dengan kicap, kicap tiram dan minyak bijan sikit baru masuk periuk nasi. Ni first time cuba nasi ayam versi macam ni. 


Kejadiannya setelah semua dimasukkan ke dalam pinggan. Nasinya beraroma sebab mungkin sebab ayam dimasukkan sekali. 

 

Hubby baru balik kerja, bukak pintu je saya dengar cakap wow...wow....sebab bau dia wangi sangat. Saya letak dua helai daun pandan yang disimpul. Mungkin juga aroma daun pandan ni juga. 

Puas hati saya dapat makan nasi ayam saya ni berbanding tengahari tadi....😅. Boleh murung dibuatnya.


***Ni kisah pada 21 November 2025.....





XOXO,
Ezna

9 ulasan:

  1. Mesti lembut ayam tu. Lebih healthy juga, sebab tidak digoreng. Lebih puas hati masak sendiri di rumah, ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah ayamnya lembut sebab dah direbus dulu. Selalu goreng pulak lepas tu. Kali ni masuk dalam periuk nasi.

      Padam
  2. tk pernh try yg masak versi ayam masuk dlm nasi....bila beli dpt ayam hangit aduhai..mau stress...

    BalasPadam
  3. lupakanlah kisah yang lalu😁.. tapi yang nasi ayam puan buat sendiri tu nampak menyelerakan.. tentu puas hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak lupakan kisah lalu tu payah. Masih berbekas di hati. Hehe. Buat sendiri kita boleh adjust bahan2 jadi puas hati la.

      Padam
  4. Selalu juga saya jumpa nasi ayam tak ada rasa, nasi arab tapi rupa nasi biasa, nasi lemak tak ada rasa lemak santannya.... aduhai, kalau nak berniaga carilah ilmu masak-memasak. Apa pun air tangan sendiri memang terbaik, memenuhi citarasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah nak berniaga nak untung je Amie tapi rasa nan hado. Air tangan sendiri lagi puas hati. Geram punya pasal, malam masak nasi ayam.

      Padam
  5. Agaknya terhangit. Taknak buang takut rugi jadinya jual jugak. Naya kat pembeli buat macam tu. Masak sendiri jugak puas hati.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Welcoming Freshies

Hari jumaat dah prep untuk welcoming freshies ni jadi today is the day.... Ada beberapa aktiviti yang dijalankan untuk mengeratkan perhubung...