Frust masa lunch makan nasi ayam hangit....terus untuk dinner sendiri masak nasi ayam. Ni sebab frust punya pasal ya. Nasinya masa makan tengahari tu tak ada langsung rasa nasi ayamnya. Pastu hangit pulak tu. Mungkin dia terima tempahan juga walau tak reti buat nasi ayam. Geram je rasa. π
Bahan kat bawah ni saya yang masak ya.
Presenting nasi ayam saya....ayamnya setelah direbus kemudian masuk sama dengan beras nak masak nasi ayam. Tanak sekali la tapi sebelum tu ayam tu dilumur dengan kicap, kicap tiram dan minyak bijan sikit baru masuk periuk nasi. Ni first time cuba nasi ayam versi macam ni.
Kejadiannya setelah semua dimasukkan ke dalam pinggan. Nasinya beraroma sebab mungkin sebab ayam dimasukkan sekali.
Hubby baru balik kerja, bukak pintu je saya dengar cakap wow...wow....sebab bau dia wangi sangat. Saya letak dua helai daun pandan yang disimpul. Mungkin juga aroma daun pandan ni juga.
Puas hati saya dapat makan nasi ayam saya ni berbanding tengahari tadi....π
. Boleh murung dibuatnya.
***Ni kisah pada 21 November 2025.....
XOXO,
Ezna



Mesti lembut ayam tu. Lebih healthy juga, sebab tidak digoreng. Lebih puas hati masak sendiri di rumah, ya.
BalasPadamAh ah ayamnya lembut sebab dah direbus dulu. Selalu goreng pulak lepas tu. Kali ni masuk dalam periuk nasi.
Padamtk pernh try yg masak versi ayam masuk dlm nasi....bila beli dpt ayam hangit aduhai..mau stress...
BalasPadamStress Amy. Elok makan patah terus selera.....
Padamlupakanlah kisah yang laluπ.. tapi yang nasi ayam puan buat sendiri tu nampak menyelerakan.. tentu puas hati
BalasPadamNak lupakan kisah lalu tu payah. Masih berbekas di hati. Hehe. Buat sendiri kita boleh adjust bahan2 jadi puas hati la.
PadamSelalu juga saya jumpa nasi ayam tak ada rasa, nasi arab tapi rupa nasi biasa, nasi lemak tak ada rasa lemak santannya.... aduhai, kalau nak berniaga carilah ilmu masak-memasak. Apa pun air tangan sendiri memang terbaik, memenuhi citarasa.
BalasPadamItulah nak berniaga nak untung je Amie tapi rasa nan hado. Air tangan sendiri lagi puas hati. Geram punya pasal, malam masak nasi ayam.
Padam