Pertanyaan demi pertanyaan

Cerita 1 : 

Kadang dalam inbox di Instagram atau email saya ada pertanyaan. Selalunya yang berkaitan dengan pertukaran program pengajian. Saya selalunya akan memberi jawapan kepada pertanyaan mereka.

Ini pertanyaan seorang pelajar yang berminat nak masuk program macam Dania iaitu Sains Haiwan jadi tanya saya dan ya....panjang saya menjawabnya. Ni hanya soalan mukadimah je. Hehe. Saya bagi info dan akhirnya beliau berjaya masuk program Dania dan beliau dari Fakulti yang lain dalam UPM....Welcome to ANSci A****. Nama saya rahsiakan la. Memang layak la tu yang dapat tukar tu. 

Tidak berakhir sampai sini, saya guide bagaimana nak buat pengecualian kredit pula. Saya guide mengikut pengalaman Dania tapi saya ada tegaskan kena ikut la struktur pengajian terbaru fakulti. Now beliau dah mulakan kuliah dah. Alhamdulilah. Tapi....dia bukan anak saya....dia dapat bertukar program, saya pula yang mengalirkan air mata bila dia share news ni kat IG saya. Dah kenapa??



Cerita 2 : 

Kalau tak silap yang ni agak sedih sedikit sebab beliau ada jumpa seseorang dekat fakulti dan beliau cakap beliau tidak akan mendapat sokongan dari fakulti. Dengar pun kesian juga sebab fakulti yang beliau nak pohon tu fakulti yang berlainan. Fakulti sendiri tak bagi sokongan jadi memang permohonan ni memang akan gagal. Tapi saya nak put in words ni susah ya. 

Saya tidak menamakan fakulti yang mana untuk tujuan privasi ya. Setiap fakulti mungkin ada kriteria masing-masing kan. 


Cerita 3 : 

Ini mungkin baru nak tanya-tanya dan berfikir patut bertukar program ke tak sebab jika bertukar program maka, kena bersedia untuk membayar lebih sikit la. Kena minta pendapat ibu ayah jika mereka yang bayar yuran. Lebih sikit tu maksudnya jika program boleh habis dalam 4 tahun, tukar program kena tambah lagi 1 tahun extra. Kalau dapat pinjaman dari organisasi yang lain pula mereka ada polisi untuk penukaran program pengajian. Kena dapatkan info dari mereka juga. Macam mana prosedur kalau nak tukar program pengajian. 
Cerita 4 :

Ini pula beliau tanya saya setelah dah habis pun tarikh akhir penukaran program. Tak sure dah buat pembayaran ke belum sebab untuk semester baru ni, jika nak tukar program kena bayar RM100. Time Dania dulu free je. 

Saya ada tanya la dah buat pembayaran ke belum dan tarikh permohonan pun dah berakhir. Time anak tukar dulu tak payah buat pembayaran pun. Saya pun tak faham maklumat yang tertera tu tak cukup detail ke untuk explain?. Mungkin tak faham. Saya bantu mengikut pengalaman saya sahaja. Harap-harap dia dapat tukar ke program yang diminati.


Mengapa pelajar memilih untuk bertukar program pengajian :

1. Kerana program pengajian yang mereka dapat kurang pekerjaan di Malaysia. Ada seorang kawan saya anaknya dapat program bioteknologi kemudian bertukar kepada program sains kesihatan. Bioteknologi banyak peluang pekerjaan di luar negara kerana teknologi mereka yang lebih maju. Dalam Malaysia, masih kurang. 

2. Minat telah berubah. Kadang-kadang lambat pula minat tu datang jadi nak tak nak memilih untuk bertukar program.

3. Program yang dipelajari terlalu bosan iaitu Ekonomi, kemudian memilih untuk program yang lain yang ada amali di luar kuliah. Jiwa nak bebas, bukan hanya tertumpu di dalam bilik kuliah sahaja. 

4. Bukan program pilihan tapi bila dapat je masuk Universiti tersebut, terus mohon untuk program idaman. Tahu je lah UPU ni nak masuknya ramai jadi saingan agak tinggi. Jadi, masuk dulu tukar kemudian. 

5. Tak boleh nak bawa program sekarang. Jadi, mohon untuk ke program yang lain. Contohnya, program bahasa asing. Kena ada minat. Kalau tak ada minat, memang susah nak pergi jauh. 

6. Baru semester pertama tapi bila dapat keputusan peperiksaan akhir semester pertama GP 2.00++ sahaja jadi sedih nak teruskan program ini. Hilang terus semangat. Program pula markah lulusnya kena C ke atas kerana mengambil program kejuruteraan. 


***berdasarkan pengalaman kawan-kawan Dania dan anak kepada kawan saya. 


Susah juga ya Aunty Ezna nak bantu bagi maklumat bab ni. Kena berhati-hati memberi maklumat yang tepat. Saya bantu mengikut pengalaman. Mungkin step untuk bertukar program pengajian berbeza setiap tahun, tapi yang paling penting, nak bertukar program ni sentiasa alert dengan pengumuman di smp (Sistem Maklumat Pelajar). Selalunya iklan ni akan keluar setelah diumumkan keputusan peperiksaan akhir. 

Tak sangka pula perkongsian saya di blog menarik ramai student yang nak tanya pengalaman Dania ni. Boleh tanya Aunty...mana yang Aunty boleh jawab Aunty jawab. Terasa macam kaunselor pendidikan pula. 😅. 

***Kalau nak maklumat yang tepat, boleh tanya fakulti masing-masing ya. 





XOXO,
Ezna

 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.