Canning Dimsum yang famous kat Ipoh tu dah ada kat Bandar Baru Bangi?. Lokasinya betul2 di hadapan Kipmall Bangi ni haaa....Ipoh pula tempat lahir saya. 😍
Hubby suruh saya dan Dania tengok dulu nak makan apa. Ni fridge desserts.
Lepas tu beratur la dan pilih la nak makan apa kat sini.
Senang la ada troli makanan 2 tingkat ni.
Makanan yang diambil masa round pertama.
Bila tengok ni banyak pilihannya tapi pilih la apa yang kita terasa nak makan.
Ni ayam serai.
Ni prawn cheese. Sedap juga. Walaupun saya kurang makan cheese, tetapi yang ni tak terasa pun cheese dia jadi saya ok lah.
Ni Mango Mochi.
Mango mochi ni sedap sebab tak manis dan dalam ni penuh whipped cream dan ada mango. Makan sejuk-sejuk memang sedap.
Portugese Tart ni saya suka. Rasa dia creamy dan memang kena dengan taste bud saya. Tak ada rasa susu sangat dan ni lagi plus point la sebab saya ni memang tak boleh terasa susu tu. Tak suka. Siap tapau lagi 1 set bawa balik.
Red chilli oil dumpling ni selalu la makan bila makan mi tarik. Rasanya macam tu la.
Fried radish cake. Mulanya Dania ingatkan kuetiaw goreng. 😅 Cara masaknya ya saya boleh katakan macam masak kuetiau goreng. Rasanya sedap.
Salah satu tempat duduk kat sini. Ada tempat duduk bulat. Macam privacy sikit.
Wantan goreng.
Lepas tu hubby dan Dania ke kaunter nak ambik dimsum lain pulak.
Masa kami datang tu ramai juga la yang makan kat sini tapi kami manage dapat meja kami la.
2nd trip dah tiba.
Air teh jasmine. Kalau air teh bunga melur ni saya takde la suka sangat. Kalau minta 1 teko ni datang dengan 2 cawan yang kecil ni.
Ayam serai ni sedap tapi kalau dapat kurangkan kunyit dalam ni lagi sedap kot.
Ni tak ingat mai apa ni. Namanya ada xxx mai. Ni saya tak ingat intinya apa....udang la mungkin.
Dumpling ni ayam dan bila makan tu macam berair je kat bawah. Rasa dia macam sup ayam.
Ni seafood dumpling tapi ada salted egg. Salted egg ni tak rasa pulak.
Ni pula tak sure makan dengan apa.
Chee cheong fun ni ada inti ayam dan saya tak suka tapi hubby dan Dania kata sedap. Saya prefer plain chee cheong fun. Makan dengan sambal. Kuahnya dicampur sekali dan saya suka kalau kuahnya asing jadi kita boleh adjust nak kuah banyak mana. Pilihan masing-masing.
Saya makan rasa sikit sana sini dah rasa kenyang dah. Jadi...bagaimana rasanya...sedap...bagi peminat dimsum boleh la cuba rasa dimsum kat sini.
Tapi...kalau nak repeat dalam masa terdekat tak la...kalau teringin mungkin akan datang sini la.
Alamat :
Plot 4, Pusat Komersial Damai Unik, Lot 9-11, Lot 78736, Persiaran Kemajuan, Seksyen 13, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu operasi : 8 pagi - 4.00 petang setiap hari (Tutup hari Rabu)
XOXO,
Ezna
sedapnya semua menu ni..i suka dumpling tu! konsep food trolley sama mcm ikea!
BalasPadamYa macam Ikea juga. Dah lama pula tak makan kat Ikea.
PadamWahhh..Ni nk kena pegi nnt ni sis.Hari tu dah nmpk.Tp tak singgah sbb rushing. baguslah beratur amik mknn mcm dkt ikea.
BalasPadamHari tu pun mulanya akak nampak jugak tapi tak singgah. Kali ni yang singgahnya.
PadamBesar juga yg kt bangi... Slalu tgk org pi Ipoh mkn canning dimsum.. Kita aritu pi Ipoh tk sempat try.. Yg tu namanya siew mai..
BalasPadamKat Bangi ni dia buat sebelah tempat main picker ball.
PadamYang bangi punya nieyl belum sempat nak pergi lagi...
BalasPadamyang dekat Ipoh dah pernah makan dah..
Kita terbalik la Nieyl. Ipoh tak pernah pergi pula.
PadamMacam² menu yang disajikan ye... Ingatkan dimsum je
BalasPadamMeriah juga PH. Ambik mana yang terasa nak makan je.
PadamSedap...SA suka!!sonx yah la pi Ipoh dh..pi Bangi je..
BalasPadamYa kalau SA pergi Bangi dekat dah tu.
Padamtroli makanan dia macam dekat ikea, senang nak angkut banyak menu hehe
BalasPadamSama konsepnya macam Ikea. Jadi kita boleh letak macam2 dalam tu.
PadamSedap betul tengok mango mochi tu 😋
BalasPadamTak pernah makan di Canning Dimsum, ni kalau saya pergi mau rambang mata tak tau nak pilih 😄
Ya rambang mata sebenarnya....
PadamSedapnya terliur pulak tengok mochi tu.
BalasPadamSedap mochi tu tak manis tu yang paling penting sebab ada je kita try lepas tu manisnya terasa sangat.
PadamInsya-Allah akan terjah sini sikit masa lagi.
BalasPadamSilakan....
Padambesar jugak cawangan yg kat bangi ni. haritu makan kat ipoh mmg sedap sangatt
BalasPadamserious betul muka dania tgh tolak troli ye, nampak lapar tu xD
Hahaha tu selalu mukanya tengah serius.
PadamJadi bedanya dengan yang di Ipoh, yang di bangi ini ambil sendiri ya kak. Bukan diantarkan oleh staff di sana.
BalasPadamYang Mai itu kalau di sini sebutnya Siomay. Semacam dimsum juga lah.
Saya kalau makan aneka dimsum nih memang tak akan pilih gorengan 😄. Sebab buat cepat kenyang.
Ya ambil sendiri Fanny. Nanti kita akan bawa sekali list. Mereka akan tick kat list tu makanan yang kita ambil. Oh sana Siomay ya? Kakak lupa depannya apa. Mai je yang ingat. Hehe
PadamAlamak...ngencessss
BalasPadamMeh la datang rasa....
Padamuiishhh boleh rambang mata dibuatnyaaa
BalasPadamuntung laa org bangi dpt mkn dimsum sedapppp
Kebetulan ternampak Anies. Idak tak tahu pun ada kat sini....
PadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.