Pada hari Khamis, lepas zohor...kawan2 Dania ajak Dania makan di Nak Nak IOI City Mall. Paginya mereka ada kelas online. Sekarang ni Naib Canselor UPM minta kurangkan aktiviti di luar dan menggalakkan kelas online. Kalau yang ambik elektif yang ada amali tu kena kurangkan juga aktiviti luar. Jerebu makin buruk pula.
Ok jerebu jerebu juga jadi aktiviti dalam shopping mall tetap ons. Dania pergi la makan dengan kawan-kawannya. Biarlah saya seorang ajer makan kat Ali, Muthu, Ah Hock ni....apa lagi? Chee Cheong Fun 😆. Ini je saya lalu nak makan.
Saya pun ada scheduled kan urutan kat Thai Odyssey. Masa ni selitlah aktiviti untuk kill time sementara Dania makan-makan dengan kawan-kawan.

Masa saya tengah makan, Dania letak gambar ni kat whatsapp. Kawan-kawan tanya ummi ada ke kat IOI City Mall. Dania cakap ada....pergi mengurut kat Thai Odyssey. 😅. Cover la sikit...ni terus cakap pergi mengurut. Adehhhh la anak....
Saya pula tak nak kacau keterujaan mereka kat sini. Biarlah mereka makan dengan tenang. Ada orang tua kang malu pulak. 😅 Ada ke patut hubby tanya makan dengan kawan-kawan Dania ke?. 😛
Dalam pada itu...saya tenang-tenang je kat Thai Odyssey. Saya ambil urutan aromatheraphy 90 minit. Air teh herba ni diberikan sebelum dan selepas urutan. Minyak pula pilih Lavender. Kalau pilih urutan ni, terapis akan urut di point. Tujuannya untuk melegakan ketegangan otot, melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan stress.
Urutannya kadang perit juga tapi saya selalunya tahan je. Nama je aromatherapy tapi tekanannya I would say kuat juga ya. Tahap kadang saya keluarkan airmata jika dia urut kat otot yang tegang / keras. Memang lepas tu lega. Kalau tak tahan saya akan cakap la pain (ni bila dah tak tahan sangat-sangat)....tukang urut orang Thai. Selalunya faham bahasa inggeris yang mudah. Bahasa melayu macam tak faham sangat kot. Urutan Thai lagi satu Thai Traditional Massage tu dibuatnya kita macam senaman yoga. Tekan guna kaki, siku kat point badan kita. Sakit...kalau tak tahan jangan la cuba yang ni.
Masa urut kat tangan rasa perit je....lepas tu bila dia tarik je eh ada bunyi la. Bukan bunyi kuat...macam dia betulkan urat pulak.
Lepas tu dengan senang hati berjalan la....Watsons Pink bakal dibuka dalam IOI City Mall. Jadinya ada 3 Watsons dalam IOI City Mall.
Pink segala....belum lagi dalam kedai nanti.
Ni selingan....hubby balik kerja, diberinya ni kat Dania hari sebelum ke IOI City Mall ni. Ada kawan hubby ternampak update saya kat IG...Dania pakai baju Mercedes pergi F1 jadi Dania dapat T Shirt ni khas dari kawan hubby tu la. Hubby saya cakap memang Dania minat Mercedes. Lagi 1 Ferrari la. Dania punya suka sampai kata Wow.....Saiz pula memang saiz yang Dania pakai. Alhamdulilah....
Saya nak balas balik la dan beli ni untuk Dania. Nama anaknya pun Dania Irdyna. 😊. Kebetulan kerja kat IOI City Mall ni sebelum fly ke Australia tahun depan untuk sambung belajar. Saya cari-cari tak ada pun Dania Irdyna ni. Rupanya....training kat Shah Alam dulu. Kebetulan esoknya baru ke IOI City Mall. Lerrr patut tak ada. Takpe la saya pass paper bag ni kat hubby la. Bagi kat office nanti.
Saya belikan T Shirt Uniqlo F1 Mickey Mouse.
Petang dalam 4 lebih, Dania pergi ke Uniqlo dan Dania ajak saya ke Tudung Ruffle. Dania nak belanja ummi tudung.
Ummi ambik tudung bawah ni....awww tq Dania...baru dapat gaji yang kerja bulan September. Sentiasa ingatkan simpan elok2. Selebihnya, beli la untuk reward diri sendiri. Lainnya simpan.
Dania pilih shawl yang ni tapi kena pakai inner la ni....a bit jarang.
Tu je la ceritanya tapi macam banyak pula cerita dalam satu post. Seronok betul la bila Dania tak ada kelas hari jumaat sem ni. Ada kawan Dania ada kelas hari jumaat sebab elektif dia ada kelas amali petang Jumaat. Jadi 3 hari la rehat untuk Dania dalam seminggu. Yayyyy....
Dania cerita ada pergi beli barang kat Watsons...lepas tu ada seorang kakak tu kata Dania tak nak kerja ke kat sini? Kita tak cukup orang ni. Sebenarnya saya tak galakkan pun sebab nak bagi Dania fokus. Time kerja kita kerja, time belajar kita belajar. Masalahnya ni bukan pertama kali cakapnya....dah beberapa kali dah Dania kata 😅 Tapi....Dania reply mak tak bagi. Memang ya pun....sebab belajar tu prioriti. Kerja tu part-time ajer. Belum masanya lagi. Bila ada masa terluang pasti boleh....tapi Dania macam busy dah rasanya next 2 semester sebab ada Bachelor Dissertation untuk Final Year Project (FYP).
XOXO,
Ezna








nieyl ni jarang-jarang betul membaca karangan yg panjang2..
BalasPadamtapi entry akak nieyl boleh baca dari first word sampai habis..kagum betul nieyl ..
nieyl pun tgh nak cari masa pergi mengurut ni, nak realease stress kerja..
Dalam satu entry ada banyak cerita. Alhamdulillah rezeki dapat tudung hadiah dari gaji seorang anak.
BalasPadamBetul tu sis.Sy dulu masa study dkt kolej x pernah keje part time.Mmg fokus study je sbb risau tak lulus =D
BalasPadamSy tak pernah urut aromatherapy, ingat urut manja² je. Baguslah kalau dia urut point yg sakit² tu. Yg guna siku tu Sy pernah cuba. Sakit tapi sedap hehe...
BalasPadamAlhamdulillah Ummi dapat tudung baru :)
wahh bestnya u pergi massage...i dh lama gak ni tak gi spa..tapi i memang akan pilih urutan mild..if kuat, i akan demam lps tu hhaha memang tak tahan lah kiranya...cantik tshirt yg dania dpt tu...dan u beli uniqlo tu pun nice jugak!
BalasPadamDania memang disayangi itulah sebabnya ditanya banyak kali. Murah rezeki Dania belanja Umi.
BalasPadamSaya jenis tak tahan urutan kuat sangat. Jadi sebelum urut lagi saya bagitau taknak kuat sangat, takut terkejut urat 😅 Pernah berurut kuat sangat ditekannya smp demam esoknya. Pastu ada sekali dekat Ayu Borneo kena urut kuat sangat, balik rumah saya tengok pembuluh darah kat mata pecah. Tak pasti la punca apa mungkin kebetulan je ke lepas balik berurut tu tapi mmg sebelum berurut saya dan request siap2 taknak kuat sangat.
BalasPadamYa laaah, saya pun pernah juga traktir teman2 fylly makan2 di restoran sushi. Tapi saya tak ikut bergabung. Saya makan di restoran lain. Begitu mereka dah nak bayar, baru saya datang bayarkan. Kalau ikut makan dengan mereka pasti awkward kan 😄.
BalasPadamKakak tahaaan ya di pijat.. saya tak laah 😂😂. Memang tak bisa.
Saling return hadiah, baguus tuh 👍👍
Tudung ruffle nih baguuus. Saya sukaaaa. Beberapa kali saya pakai juga. Mudah untuk dibentuk.
Setujuuu kak. Masa kuliah, fokus saja dengan kuliah. Kalau libur semester nanti, bolehlah part time. Biar bagaimanapun kuliah tetap prioritas.
Alhamdulillah rezeki dania dapat tshirt F1 best tuuuuu
BalasPadamcantikkkkk warna tudung tu
sy pun berkenan juga hehehe
tudung ruffle tu cantik sangat! lama dah saya tak beli brand tu
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.