Ada barang nak beli kat Watsons ni tapi hantar Dania dulu ke Fakulti. UPM ni minggu ni online tapi kalau ada lab, kena pergi lab. Cumanya sesiapa yang ada amali kat luar tu kena tunggu minggu depan / masa yang sesuai diumumkan kemudian. Jadi, amalinya ditangguhkan.
Singgah la Watsons kat Bandar Baru Bangi. Cerita dengan Dania, masuk je Watsons dengar lagu BTS la Dania. Dania kata memang setiap kali ada promosi lagunya akan dipasang berlainan. Kali ni ada lagu BTS. Hehehe. Selang seli dengan lagu Watsons Kaw Kaw Deal.....Kaw Kaw deal is all you need, kau kau tunggu apa lagi....🎵🎵𝅘𝅥𝅱𝇥𝅘𝅥𝅮𝅗𝅥
Ni yang saya beli ni. 3 sabun cool mint Watsons 50% off jadi harga dalam RM8 je satu botol (1000 ml), toner, tinted lip balm Barbie dan.....
Coklat Snickers Strawberry PWP. Orang kaunter promote. Memang senyum je la saya. Faham...KPI mereka. Saya pun diberikan basket juga.
Teringat kat tempat kerja Dania dulu. Saya dengar lagu Kaw Kaw Deal pun senyum, dapat basket pun senyum, kena promote PWP pun senyum tapi...kat Watsons sini boleh bernafas sikit. Cuba kat IOI City Mall. Ramai sangat-sangat.
Tak payah guna beg Watsons pun sebab dalam plushie Innisfree ni ada shopping bag. Belakang dia ada zip. Kalau tak guna shopping bag tu, lipat dan masukkan semula dalam plushie ni.
Tu je lah yang dibeli...
XOXO,
Ezna





Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.