MAHA di hari akhir dan terjumpa kakak Neelofa

Bila saya beritahu hubby nak pergi MAHA hari terakhir. Hubby ni kalau sebut, selalunya dia akan tunaikan. Jadi hubby kata kalau nak pergi kena naik motor. Jadi....pada 6 September 2026, kami ke MAHA naik motor. Kalau tak ada Dania maknanya dia kena kerja la tu. Selalunya kami akan jalan bertiga. Memang dah aim nak ke mana sebenarnya. 

Nak mencari Jeruk Madu Pak Ali jadi kami ke Pavilion Negeri. Kat sini ada macam2 hasil jualan. 


Dah jumpa jadi kami beli la jeruk ya. 


Hubby matanya tu pakai cermin mata hitam sebab sakit mata 😅. Tu tengok dodol. Eh sedap ya bila rasa tester. Tak manis. Just nice je. Payah juga nak cari dodol yang rasanya tak manis. Lepas tu tak liat sangat. Lembut je. Eh macam mana nak explain ni susah pulak. Selalunya dodol ni likat kan? Nak potong pun susah. Dodol kat Pulau Pinang ni lembut tak terlalu likat. 


Ni perfume mana tak sure. Kami tak beli pun. 


Masa ni kami dari Pavilion Negeri Perak sebab nak makan putu perak lagi. Lepas tu dari Perak ni terdengar orang kata Zamani....Zamani....kami pun ke sini pulak. Time kami kat sini tak nampak pulak Zamani. 


Ada kisahnya pasal Zamani ni....masa muda-muda hubby ni kurus macam Zamani ni la....rambut lurus paras bahu....orang kata hubby dulu macam Zamani 😃. Tu yang tersengih bila nampak Zamani. Dulu ya....sekarang ni tak nampak dah....orang kata pula nanti hubby bila tua macam ex PM dulu Pak Lah. Ada yang panggil hubby saya Pak Lah. 


Pavilion Negeri ni kena seberang jambatan dan tibalah kat area LKIM. Hmmm tempat jatuh lagi dikenang. Ni beli Pek Nga dengan kari ikan share berdua dari perahu PNK (Persatuan Nelayan Kawasan) Yan. Dulu, saya kena melawat la PNK ni tapibila agak tough bila nak ke PNK pedalaman terutamanya Sabah dan Sarawak. Saya tak sempat nak pergi lagi tapi kawan saya cerita. Nak masuk kena naik bot....jauh ke dalam. Tempatnya pun kadang kita tak pernah dengar ya. Tandas pun kadang nak mandi tak ada bumbung. Alamak....dengar pun takut ya....tu tahun awal 2000 la...


Dah hari terakhir kan jadi mereka nak perabihkan stok. Ni dapat tester keropok lekor dari PNK Kemaman. Mulanya cuba 1-2 je tapi bila saya cakap saya suka....Nahhhhh diberinya sebanyak ni kat saya. 😆. Keropok lekor ni keropok lekor ikan bawang. Ehhhh sedap la rasanya. Saya beli 2 paket. Ikan dan bawang ni dua-dua saya suka. Harganya RM10/paket. 


Tengah makan, ternampak kawan saya Fajar usher seseorang dan saya eh....macam Nabila la. Bila you tahu kawan you yang usher terus la saya pergi dekat Nabila tegur...Nabila saya nak ambil gambar 😄. Lepas tu boleh pulak....Fajar....kejap ya....Ena nak ambik gambar.....hehehe...mementang kenal yang usher tu. 

Rasa kerdil pula berdiri sebelah kakak Neelofa ni. Lawa betul la bagi saya. Nabila make up tipis je pun dah cantik. 


Bila tanya Jayden mana? Jayden tak datang katanya....err patut saya sebut Jebat tapi teringat Jayden pula....ni Nabila yang click phone saya ni rasanya. 


Kemudian kena lalu Pavilion untuk ke tempat parking motor. Masa lalu tu ada announcement RM5 / 5pokok. Last 2 years saya dapat free pokok-pokoknya. Tapi....hello RM5 untuk 5 pokok ya....pokok pula ambil sekali dengan pasu kalau dalam pasu. Mulanya pokok Lavender ni tidak termasuk dalam pembelian ni tapi bila pegawai Jabatan Pertanian tu tengok saya bersungguh....dia kata ambik la. Saya kata nak cuma 3 pokok je sebab saya naik motor. Jadi pegawai tu kata ambil RM5 jugak la. Tak kiralah ya RM5 untuk 3 pokok ni good price ya...mana nak dapat Lavender harga gitu....so ya...inilah pokok-pokok yang dibeli. Hehehe....


Kalau nak beli pokok-pokok kena tunggulah hari terakhir. Selalunya mereka tak bawa banyak-banyak pokok ni nak bawa balik. Silap-silap boleh bawa balik free je. 




XOXO,
Ezna



2 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Husband ajak juga last day Maha aritu tp xjd pi sbb kita pi ziarah opismate yg ibunya br meninggal sbb ckp it husband kena pi awl kalo nk ke Maha.. Last bertugas dlu 2018, tk sempat nk ke pavilion negeri... Wah sempat jmpa retis

    BalasPadam

  2. Best tu Kak Ezna dapat beli pokok murah murah macam tu...kalau datang dengan kereta tu mau lagi puas borong tu kan hihihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.