Bila Dania kerja petang atau off day je ni la aktiviti yang ditunggu-tunggu. Breakfast bersama. Kat mana nak makan kali ni ya?. Dah lama kami tak makan kat Bidadari Turun Malam ni. So ya....ke sini la kami ya.
Cuaca agak panas walaupun pagi tapi kena cari tempat yang terlindung sikit la.
Hubby makan nasi kerabu daging. Kejap tak ingat masa makan ni ke rabu ke tak 😅. Eh bukan rabu...breakfast hari ahad la. Dania masa ni syif petang jadi paginya free la. Kalau kerja pagi, tak sempat nak breakfast sekali sebab masuk sebelum jam 8.30 pagi. Awal Watsons kat IOI City Mall ni masuk. Tapi, Dania suka sebab baliknya petang masih terang lagi. Kalau kerja pagilah...kalau malam, hitam pekat baru balik. Gigihnya la anak ummi nak mencari income sendiri. 😞
Dania dan saya makan pancake gebu ni. Keliling pancake ni ada buah beri biru dan strawberry. Makan satu dah boleh kenyang ya.
Selalunya beri biru rasa ubat tapi yang ni rasa manis. Ummi order teh o panas dan Dania as usual air kosong dia je. Hubby teh tarik atau kopi tarik la camtu.
Bila boleh selit masa untuk kami bertiga kita selit. Time ni lah nak bercerita macam-macam.
XOXO,
Ezna




Sedap betul nampak pancake tu. Makan santai-santai sambil berborak anak beranak memang best.
BalasPadamBanyak kali baca kak ezna pergi sini, makanan dia smua nampak sedap! Ada nasi kerabu pulak tuu
BalasPadamKerabu daging tu nampak menarik nyaaa... pancake pun sama. Mmg kalau tgh lapar x cukup satu tu hehe
BalasPadamRajin Dania cari duit, berdikari betul anak dara ni. Lengkap hidangan pancake apabola ada blueberry dan strawberry.
BalasPadamtisya jrg sgt la nk keluar....mcm lama je kami tk keluar bertiga....pancake kalo gebu mmg best
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.