Bila nak beli barang selalunya beli kat IOI City Mall la. Alang-alang hantar Dania kerja kat sini. Lepas beli barang, minum la kat CBTL ni.
Tunggu nama dipanggil untuk ambil order.
Blueberry cheesecake ni sedap.
Beli perfume ni juga. Nostalgia sebab mengingatkan saya perfume saya pakai masa belajar dulu iaitu perfume oil dari Body Shop. Dulu kat Body Shop ada perfume dalam bekas kecik bulat tu. Tahan lama baunya. Dulu pernah la pakai fuzzy peach, vanilla, strawberry. Bau perfume CBTL x Wunderbath ni memang bauan macam perfume oil Body Shop ni.
Haaa ni dia perfume oil tu.
Credit : Google
Bila beli perfume oil tu dapat 2 air berries ni free. Whatsapp Dania kot la dia baca whatsapp. Kalau baca whatsapp maknanya time rehat la tu. Dania baca jadi suruh dia turun ke CBTL bawah. Kat IOI City Mall ada 2 CBTL. Satu kat depan FOS. Satu lagi deret tempat baru. Jangan salah lokasi CBTL diantara dua ni ya.
Satu untuk Dania dan satu untuk ummi tapikan....errr airnya tak sedap la. Haha....Dania kata macam rasa ubat tapi habis jugak la airnya. 😆
Dah ambik airnya Dania pun naik atas balik makan kat food court dengan kawan-kawan.
XOXO,
Ezna

Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.