Sesekali bershopping

Kami ke IOI City Mall ni tujuan utamanya nak beli barangan runcit. Alang-alang nak hantar Dania kerja kami shopping kat sini je la senang. Mulanya sama-sama ke surau besar kat bahagian baru tu solat dulu. lepas solat Dania masuk kerja. Ummi dan ayah ke AEON. 

Beli minyak Saji ni ada paket kerisik pula. 


Mencari kopi....



Beli plastik sampah. Plastik sampah ni berbau lemon. Kuat betul bau lemon dia. 


Lepas membeli kat AEON, hubby letak barang dulu dalam kereta. Kemudian saya ke Uniqlo. Menarik ni sebab ada seluar Cotton Relaxed Ankle Pants ni turun harga jadi RM59.90. Pernah beli ni untuk Dania. Bila pergi balik untuk beli untuk diri sendiri...harga jadi normal pula. Sayang pula nak bayar lebih RM20. 


Sambil melihat saiz yang nak dibeli...ada pula seseorang ni berbaju kurung Calanthe. Teringat kat anak sendiri. 


Saya suka sangat fabrik cotton ni. Seluar pula bukan jenis ketat. Memang selesa la. Alang-alang harga turun terus beli 2 helai. 


Hubby pula tunggu kat Sport Direct. Mencari sepasang kasut baru. 


Tapak kasut ni dah haus dah. Masa baru masuk IOI City Mall, tergelincir sebab ada titisan air kat lantai. Nasib tak berdebuk jatuh. Pernah tanya tukang baiki kasut boleh tukar tapak ke? Tak boleh katanya. Ada kasut boleh je tukar tapak. Walaupun bahagian atas kasut ni elok lagi, tapaknya dah haus. 


Try la beberapa saiz nak mencari keselesaan. Harga kasut Hi Tec ni RM109. Harga asal tinggi lagi ni. Beli yang ni. Dah berkenan dan harga pulak ngam. Kasut ni design hi cut. 


Sementara itu, kat rak ada beberapa kasut berjenama dengan harga yang menarik. Harga menarik diberikan kerana saiz dah limited. 


Cubalah try kasut ni. Jenama Adidas berwarna ungu lembut dan tepinya warna mint dan merah. 


Tengoklah harganya. Menarik kan? Kasut ni pula bila pakai sedap je dan ringan. Warna dia memang saya suka sangat. Nak beli ke tak ni? Warna yang betul kat atas ni. 


Ini pun warna kegemaran saya tapi bila pakai agak berat dan keras. Nak kena cari kasut yang selesa pakai. 


Warna pink ni mahal sedikit. 


Selain daripada jenama Adidas....ada juga jenama lain warna ungu. Vans ni pun cantik. 


New Balance ni warna cantik tapi tapaknya macam besar sikit daripada kasut. Macam nampak cacat pula. 


Kasut Fila dengan tali kasut berwarna ungu lembut. Susah juga nak jaga kasut warna putih ni. 


Lepas tu menuju ke Astana Putra la....makan cendol pulut. 


Air cincau dengan puding mangga. 


Keropok lekor. Ada sebahagian keropok lekor ni tapau je. 


Hari ni dapatlah shopping barang runcit, seluar dan kasut. Sesekali bershopping. 




XOXO,
Ezna



 

13 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Kasut FILA tu menarik tapi harganya tu boleh tahan jugak mahal.

    BalasPadam
  2. Cantik pulak yang tengah offer tu....

    BalasPadam
  3. Sekali pergi banyak benda boleh buat dna beli.. memang seronok la.. btw cantik brg brg semua tu huhuu

    BalasPadam
  4. Saya pun dah mula suka pakai seluar Uniqlo sebab ada pilihan jenis longgar. Yang Ezna beli ni saya belum pernah cuba.

    BalasPadam
  5. cantik lah kasut vans tu! Kalau saya kat situ dah beli dah sebab warna fav hihi

    BalasPadam
  6. Aduh, bahayanya tergelincir tu! Rindu juga ni nak makan di Astana Putra.

    BalasPadam
  7. mcm2 shopping tu..lama tk mkn cendol ada pulut..entry kita cendol extra kacang merah

    BalasPadam
  8. Sy tengah survey kasut ni, terus berkenan tengak semua kasut2 ni... tadi pergi blog Nieza pun share pasal kasut juga. Harapnya lepas ni turn sy tayang kasut pulak hehe

    BalasPadam
  9. Selamat menyopink
    Dapat borong ramai barang nampaknya.

    BalasPadam
  10. rege kasut tu semua sgt ok!! i suka yg pink tu hahah apa2 yg pink lah pendek kata

    BalasPadam
  11. Ya Allah murah sangaaaaaaaat harga sepatu nyaaaa 😍😍😍😍.tapi tuhlaaah, kalau semurah ini biasanya memang dah limited sangat size nya. Apalagi size yg banyak dipakai. Kaki saya pula kecil, biasanya memang mudah nak ketemu size. Tp kaki Raka susah... Krn size yg banyak dipakai orang 😄

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.