Pada 22 Ogos 2026, saya mendapat jemputan kahwin anak kawan sekolah rendah saya iaitu Mariam. Gambar di bawah ni diambil dari kawan saya Shazmeen yang menunjukkan kami semua di majlis perkahwinan Mariam.
Dari kiri Azlili, Shazmeen, saya, Khaizura dan almarhumah Marlina. Sedekahkan Surah Al Ikhlas untuk Marlina boleh?. Terima kasih.
Mariam yang awal sekali berkahwin diantara kami semua ni. Azlili kawan saya sekolah rendah dan menengah tapi masa tadika....kami satu tadika tapi masa tu tak kenal. Lily sama group tarian mewakili sekolah dan team bola jaring sekolah rendah. Lepas SPM, kami kerja sama2 kat McDonals's SS2. Masa kami jaga kaunter tu...orang masuk McD je kami dah jerit "Welcome to McDonalds!" . Kenangan. Shazmeen pula anak Datuk Habsah Hassan. Penulis lirik terkenal dulu dan baik dengan arwah Sudirman. Meen selalu bantu kami semua dalam subjek Prinsip Akaun. Terima kasih Meen. Saya dengan subjek nombor ni selalu tak gang. Tapinya ambik Diploma in Business Studies....segala mak nenek nombor kena belajar. Finance, Accounts dan Maths....adan uke ambik course Business Studies tu....hehe saya survive akhirnya. 😅. Khaizura pula partner saya masa tarian. Mula-mula menari individu kemudian kena ada partner. Pandai betul menari. Sangat natural. Lepas SPM, fly belajar kat UK dengan Meen dan ada 2 lagi kawan satu batch. Lain-lain Uni tapi selalu berkumpul kat UK. Marlina pula kawan sebelah kelas. Anak Penolong Kanan kat Sek Men Damansara Jaya. Meninggal masa umur masih muda. Masa hayatnya mengajar Bahasa Inggeris untuk pelajar CFS UIA. Kalau saya melawat mama dan papa saya kat Bukit Kiara tu, saya melawat sama rumah kekal Marlina. Rasanya gang kami semua ni ambik Kokurikulum yang sama untuk sukan iaitu Badminton. Hehe
Majlis anak Mariam diadakan di D Tahta Kamalinda di I City, Shah Alam.
Dewan kahwin dari luar.
Saya dengan adik Mariam bernama Faezah. Faezah masih ingat Kak Ezna ya.....terharunya...saya lupa namanya....
Kamariah ni pun sama. Saya lupa namanya tapi....Kak Ezna ya?. Awww.....faktor umur agaknya saya ni lupa je nama tapi muka saya kenal.
Dah lama tak jumpa ibu Mariam. Peluk erat saya ni kemudian mengalirkan airmata pula. Ingat kisah dulu la. Selalu tumpang makan rumah Mariam. Mana la taknya....kuar sekolah gate utama je....200 meter rumah Mariam la. Rumah saya jauh sikit tetapi dekat dengan sekolah rendah. Time sekolah rendah saya jalan kaki pun tak jauh mana.
Sebelum balik, nak ambik Dania pula....sebelah saya Mariam....dan sebelahnya Hana. Duduk tu kakak kepada Hana. Kakak Hana ambikkan saya minum la, kuih la dan ice cream. Eh eh macam kakak saya pula. Memang macam kakak-kakak la. Saya tak minta diambil pun. Tahu-tahu diletaknya atas meja. Ada lesung pipit dalam kat kedua pipi. Terima kasih kat Kak Wati ya Hana.
Hana tudung pink dan tuan rumah. Sampai tak boleh tidur jam 1 pagi. Banyak nak kena fikir. Kita faham la kan....
Suasana kat dalam dewan.
Anak sulung Mariam nama Irfan. Insya Allah tahun depan menyusul pula naik pelamin.
Disebabkan saya tak dapat tunggu nak bergambar sekali jadi snap je la cepat-cepat.
Hubby dengan adik Mariam nama Firdaus. Dulu pernah satu tempat kerja dengan adik saya Elza rupanya kat MIS*. Duduk satu condo katanya dengan Lina & Fatina Aisha. Keduanya anak saudara saya (Anak kepada sepupu saya). Mereka panggil saya Aunty la.
Datang pula kawan saya Lily. Tak perasan la sebab berborak dengan adik-adik Mariam. Lily kata saya nampak sibuk macam Tuan Rumah. Hehe. Ye lah sibuk berborak la. Lily datang dengan anak sulungnya Nureen dan hubbynya. Hubby Lily kata hubby saya macam YB. 😆
Bergambar dengan Lily dan Nureen. Lawa Nureen....masa kecik-kecik ramai kata muka nak sama dengan Dania.
One last pose dah ni. Bila nak baliknya ya....Hehe....asyik bergambar je.
Dari kiri : Azlili, saya, Mariam, adik Mariam nama Kamariah dan Khairul Bariah. Khairul Bariah ni sebaya dengan adik saya Elza.
Kat luar dewan ni la ada kuih-muih, ice cream, cendol etc....
Seronok kalau saya dapat stay lama sikit sebab saya rushing nak balik pula. Dania kerja pagi jadi balik petang la. Kena kira juga jalan jam nak balik pulak. Nak datang sini 1 jam 30 minit masanya. Kalau tak jam mungkin awal lagi la kan tibanya.
Ni gambar yang saya tak masuk dalam frame sebab dah balik.
Dari kiri : Shazmeen, Hana, Mariam, pengantin lelaki bernama Husni, pengantin perempuan nama Adlin, Norazian dan anaknya Sarrah (sebaya Dania jugak ni), Kakak Hana nama Wati dan Azlili. Semua ni classmate saya kecuali Hana. Satu gang sekelas saya yang tak hadir ialah Norazura sebab kena jaga adiknya yang tak sihat.
Bila saya buat reels, menitik pula airmata saya. Lama friendship kami ni. Gang beli sikit makanan kat kantin, share ramai-ramai, gang pergi main badminton sama-sama, gang tuition pun ada....macam-macam la kan friendship paling lama dari sekolah rendah, gang tarian, gang bola jaring 😍
XOXO,
Ezna









bestnya dpt jumpa kwn2 zmn sek..kiranya attend wedding tu mcm mini reunion jugak lah!! kenangan zmn sek/study sememangnya terindah!
BalasPadamTahniah kedua mempelai...
BalasPadamKira macam family friendlah ye Kak Ezna..dari sekolah rendah kenal baik membawak ke umur sekarang still keep in touch ye....
Baru tau Kak Ezna reti menari...interestingnya..kena share lagi tu pasal tu Kak Ezna...
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.