Lepas MAKSAK, saya dan hubby bergegas ke Elmina pula iaitu di Tian Nara Event Space. Kedudukannya kat dalam juga di bahagian kilang-kilang. Kawasan ni macam lot kedai satu tingkat tapi tak ada kedai-kedai kat sini. Mungkin sebab ke dalam sangat la. Jadi Tian Nara ni ambil beberapa lot kedai dan dijadikan tempat event.
Tempat duduknya meja panjang macam ala ala majlis perkahwinan Mat Salleh. Ni saya dan hubby dengan keluarga adik saya Elza. Dulu suami adik saya ni (adik ipar saya) kerja dengan Mama Tisya kat Bangunan Pernas di KL tu. Saya pula kat depan tu Bangunan PKNS Jalan Raja Laut tu. Ada la Zharif yang sulung nak ambil SPM tahun ni. Sebaya dengan Ariff anak MZ la. Adiknya pula Zharfan. Saya purpose nama kat adik saya sempena nama anak MZ. Hehe.
Makan lauk-pauk ni saya ambil sikit je sebab dah makan kat MAKSAK sebelum ni kan?. Lepas tu saya ambil ni pula. Ada goreng pisang, cucur udang dan cekodok.
Lepas tu sebelum balik kena ambik la gambar pengantinya. Adik ipar adik saya ni yang perempuan ni nama Musliyana Aqilah. Warna baju sweet sangat. Nak tunggu turn saya ambik gambar lambat jadi ambik je la gambar ni. Hehe.
Bagai pinang dibelah dua gitu....ni majlis pihak perempuan ni. Ibu ayah pengantin perempuan dah meninggal jadi pakat-pakat adik beradik buat majlis ni. Pengantin lelaki pula ibu ayah dah berpisah jadinya akan ada majlis nanti diadakan di Kelantan (belah ayah pengantin lelaki) dan di Kedah (belah ibu pengantin lelaki). Adik saya kena sediakan 3 set baju sedondon untuk 3 majlis ni.
Ini pula bergambar dengan adik beradik saya la. Erma dan anaknya Adlina tudung hijau keduanya. Adik saya Elza depan sekali biru gelap dan tengah tu adik ipar kepada adik saya....beliau 2nd last dalam keluarga. Adik yang kahwin ni adik bongsu. Jodoh tu rahsia Allah kan. Kita tak tahu siapa yang berkahwin dulu ke....saya doakan beliau dapat jodoh selepas ini.
Dari jauh....jodoh saya memandang kamera. Hehehe.
Dania tak ada dah tentu orang tanya. Tak dapat nak ke majlis ni sebab Dania balik petang jam 5.
Belah kiri ni muka di sebalik suara Mail dalam Upin Ipin. 2 singgit 2 singgit. Masa tu suara Mail tu comel je la. Ni dah dewasa dah ni. Sakit kaki pula 'Mail' ni sebab baru buat pembedahan di kaki. Moga cepat sembuh ya. Sebelahnya tu uncle dia. Bukan orang Malaysia tapi international ya. Muka pun ala ala mamak Malaysia ni je tapi asal Bangladesh. Ni suami Syira adik ipar adik saya. Adik-beradiknya 9 orang. Kahwin ni adik paling bongsu...alhamdulilah.
Berakhir sudah majlis kendurinya.....alhamdulilah dapat juga kami ke sini. Kenduri ke 3 dan ke 4 bagaimana?. Bila tengok maps....masa tiba ke sana dalam 3.30 petang dan 3.45 petang jadi kami plan tak pergilah sebab itu dijangka tiba. Kalau kat jalan ada sesak juga tambah lagi masanya. Majlis sampai jam 4 petang je.
Balik rumah je lepas settle apa yang patut....driver tertidur sebab penat drive dalam kesesakan lalu lintas ni....saya susah la nak tidur ni. Nak nak kalau cuaca panas kat luar tu.
XOXO,
Ezna









Happy nya ramai ketemu keluarga ya kak 😍😍. Sweet sangat pengantin wanita. Sukaaa lihat model tudung yg dipakai tuh. Kemas dan cantik.
BalasPadamSampai buat 3 majlis yaa 😅😅.
Aiiih baru nampak muka voice over mail 😄😄.
Kadang terlalu banyak wedding yg hrs attend, memang pening lah. Terpaksa pilih mana yg paling dekat hubungannya dengan kita.
Ya sampai kena buat 3 majlis sebab parents pengantin lelaki dah bercerai (divorce). Kena buat majlis di rumah bapa, di rumah ibu...ibu dan bapa pula dah kahwin baru so both dah ada family besar. Memang nak ambil gambar kena ikut turn....hehe
Padamselamat pengantin baru..comei both pengantin
BalasPadamalhamdulillah, bila gi wedding seronok dpt jumpa saudara mara kan
Meriah dapat jumpa ramai orang....
PadamSeronok dengar adik beradik sepakat uruskan wedding adik mereka. Tahniah & Selamat Pengantin Baru utk kedua mempelai.
BalasPadamYa sebab ibu ayah dah meninggal dah. Adik-beradik 9 orang pula tu.
PadamBahagia melihat pasangan pengantin.. sporting sangat :)
BalasPadamSporting la hari bahagia mereka la katakan....
PadamAlhamdulillah, syukur ada adik-beradik sama2 menjayakan majlis perkahwinan menggantikan tempat mak ayah yang dah takde. Sweet je muka pengantin perempuan.
BalasPadamOo.. itu la wajah di sebalik suara Mail Upin Ipin ye. Dia ni adik-beradik ipar adik Sis Ezna jugak ke?
Kiranya adik beradik kepada adik ipar saya la. Kiranya anak saudara adik saya la ni. Musyrif namanya. Masa sumbangkan suara tu masih sekolah rendah. Ni dah sekolah menengah dah ni.
PadamTerkenan pula dengan nama anak MZ Zharfan ye. Sekali imbas dari jauh muka adik akak iras sikit Tasha Shila versi pakai tudung. Sedap nama adik beradik, Ezna dan Elza. Nama rare. Pernah jumpa nama Efna. Pun nice.
BalasPadamDalam masa yang sama, dapat jugalah akak adik beradik dan keluarga dapat berkumpul juga. Alhamdulillah.
Oo dialah empunya suara mail eh. Dah lama tak tengok Upin Ipin.
Wah best menu kenduri goreng pisang, cucur udang dan cekodok.
BalasPadamSuara Ehsan cerita Upin Ipin ni anak blogger jugak dulu2, sekarang dah tak aktif di blog.
bagus adik beradik sepakat uruskan majlis untuk pengantin...seronok bila berkumpul sesekali kan...
BalasPadamfuhh 2 weddings in a day lah kan tu..i plak..29 ogos nanti, ada 3 weddings to attend! semua anak colleagues uia kawin
BalasPadamWah Mail dah besar ye hihihi...
BalasPadamBagusnya majlis wedding adik beradik yang arrangekan...Selamat Pengantin Baru kedua mempelai...
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.