Berpagian di mana? Tentulah di IOI City Mall. Semenjak Dania kerja kat sini...selalulah ummi dah ayah ke sini. Nak beli groceries pun sini jugak.
Gambar candid ni diambil setelah Dania dah masuk dalam store. Sibuk top up barangan pewarna rambut. Saya dan hubby plan nak breakfast kat sini sebelum nak top up burger CP.

Ada counter Coach yang jual perfume tak buka lagi.
Plan nak breakfast kat sini la.
Tak pernah breakfast kat sini jadi ambil masa la tengok nak order apa.
Pilih set butter kaya toast ni.
Saya pilih makan scones pagi ni. Ada satu butter croissant juga. English breakfast tea untuk saya.
Scones ni didatangkan dengan jem strawberry, cream dan mentega. Scones dia lembut sangat.
Jom la abang kita ambil gambar berdua sebelum makan.
Hubby punya set ni didatangkan sekali dengan telur separuh masak.
Kedai dah mula nak beroperasi. Lampu dah buka ni.
Top up burger CP kat Lotus.
Saya pula naik ke tempat Dania sebab nak cari barang saya. Anakanda kat self checkout counter.
Sibuk bawa basket dan membetulkan barang. Ni candid juga. Ummi berselindung di sebalik Skintific. Kalau la Watsons ternampak ada seseorang tengah mengendap....bukan plan nak mencuri ya....plan nak mencuri ambil gambar anak sendiri 😆
Mencari serum Axis Y saya kat kaunter K Beauty ni. Nak kena guna point la untuk kurangkan harganya. Ada je Watsons kat bawah tapi saya ke Watsons yang Dania kerja la. Alang-alang boleh tengok anak sekali. Hehe.
Memang barangan muka saya seperti serum, toner, face cotton cari kat Watsons juga. You alls selalu ke cari barangan kat Watsons? Kadang ke Guardian juga tapi ada barangan yang hanya ada kat Watsons sahaja tu yang repeat Watsons tu.
XOXO,
Ezna













Dania ni sentiasa dirakam oleh cctv rasmi dan tak rasmi... hehehehe
BalasPadamHehehe....tepat sekali kalau yang tak rasmi tu UG. Ummi dia la tu takde orang lain.
PadamI suka ronda2 dlm watsons❤️ nmpk komited tu dania keje
BalasPadamBersungguh dia kalau kerja you. Hehe.
PadamSaya jarang sebenarnya ke Watson. Sebab memang skincare saya pun tak dijual di sini. Tp kalau sedang di mall, dan kebetulan masuk ke Watson biasanya yg saya beli macam mascara, lipstik, vitamin, yg begitu2lah 😄
BalasPadamYe kalau ke Watsons itulah barangan yang selalu orang cari....
Padamwah best tu dania keja kat watson.. idaman iris jugak ni..
BalasPadamAh ah kalau Iris kerja Watsons pun tentu dia suka sebab sejenis macam Dania juga suka masuk kedai ni. Hehe.
PadamBest kerja klau sentiasa sibuk..berapa lama Dania part time ni Ezna? kalau ke watson SA selalu cari skincare , shampoo dan pad..sama gak la kalau kat Guardian
BalasPadam2 bulan 10 hari SA sebab akhir bulan September ni berhenti. Kelas mula 5 Oktober ni untuk sem 5.
PadamSy beli bila ada promo & harga dkt online beza sikit =D
BalasPadamSelalu lah dapat berdating macam ni. Kaya toast CBTL tu sedap. Banyak kali repeat. Dania tak perasan ek masa masuk sini. Saya pun beli kat watsons juga. Kadang beli online kalau nak murah sikit.
BalasPadamComel la umi ni mengendap anak sendiri 😍
BalasPadamMasa inilah nak cari pengalaman.
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.