Apa yang ada di atas pokok tu?

Masa on the way nak balik ke rumah....ternampak sesuatu di atas tiang elektrik. Nampak macam burung ni....


Macam ya la kalau tengok paruhnya tu. Masa ni hubby dah melepasi pun burung yang bertenggek atas tiang ni. Akhirnya pusing balik sebab isterinya nak ambil gambar burung. Gigih ya. 


Bila tengok dekat....seakan tak percaya. Burung yang saya percaya ianya burung enggang. Hubby macam tak percaya juga kata-kata saya. Ye lah rare kan nak jumpa burung enggang kat tempat bukan populasinya. 


Bila gelapkan sedikit pencahayaan ni. Barulah nampak warnanya. Haaa...burung enggang kan? 


Burung Enggang Belulang spesis burung enggang yang saya jumpa ni atau dikenali juga dengan nama Oriental Pied Hornbill. Bukan spesis yang biasa kita jumpa di kawasan perumahan ya. Sangat pelik dan rasa bertuah pula dapat berjumpa. Nak jumpa selalunya kat zoo atau taman burung. Tapi.....burung enggang ni setahu saya banyak di Sarawak dan pernah juga ada terdengar enggang di Pulau Pangkor. Oh ya orang Sarawak panggil burung enggang ni kenyalang. Enggang ni pula selalunya berpasangan. Mungkin enggang ni single lagi agaknya. Burung enggang setia pada pasangannya. Tersesatkah dia?. 

Pernah jumpa enggang kat kawasan rumah you alls ke?





XOXO,
Ezna









 

15 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Wah rezeki btul ni nmpk enggang.. mmg ssh kan nak jumpa kat semenanjung .... area rumah kita ada satu jenis burung lupa nama.. suka bertenggek atas tiang lampu.. x suretu jabitat dia ke.. seakan² burung ygvkaki dan leher panjang tu haha

    BalasPadam
  2. betul tu sis burung enggang. Sy pun dh lama x nmpk burung ni. =)

    BalasPadam
  3. dekat kampung, masa awal2 duduk tahun 2000 dulu.. banyak je.. tapi tak pasti lah spesis yang mana.. tapi, sekarang dah jarang datang

    BalasPadam
  4. wah..betul la..burung enggang...rare sungguh tu

    BalasPadam
  5. mmg rare la nmpk burung enggang tu....kt area umah kita ada jalan enggang :)

    BalasPadam
  6. kat area UIA ada jer ezz...sbb UIA pun tak jauh mana dari zoo negara, so may be burung2 tu terbang dari sana...flamingos pun byk kat sungai2 dlm uia ni

    BalasPadam
  7. dulu masa study dekat segamat selalu je nampak burung enggang dekat rumah sewa. dia suka bertenggek dekat tingkap rumah, kadang tu ketuk tingkap guna paruh dia. seronok kalau dia datang sebab cantik.

    BalasPadam
  8. Long time ago masa kanak2, pernah nampak enggang hinggap di pokok durian arwah Pak di kampung. Memang berpasangan. Arwah kata nak bertelur kot...

    BalasPadam
  9. Bertuahnya dapat jumpa burung enggang.. rumah saya burung bangau, burung gagak pun ada juga

    BalasPadam
  10. Sesat daripada mana2 kot...bertuah dapat tgk dekat2...

    BalasPadam
  11. mesti sebab udara kat sarawak jerebu teruk, dia lari sampai ke semenanjung..

    BalasPadam
  12. Kemungkinan 'sesat' dan tengah mencari arah pulang dan tengah buka google maps atau waze. ha ha ha

    BalasPadam
  13. Oo sama di rumah Sis ni, dah nampak 2 kali juga burung kenyalang (ke burung genggang ek) ni duk main di sini.. jiran sebelah orang Sarawak, kemain teruja dia nampak hahahaha

    BalasPadam
  14. Burung ni macam selalu nampak area Putrajaya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.