Part Time Dania 2026 di Watsons

Bila habis je paper pada 21 Julai, 22 Julai Dania dah mula kerja part time. Ni Dania dapat whatsapp dari Shu, Watsons yang tanya-tanya Dania masa Dania minta kerja kat sini. Whatsapp diterima pada 10 Julai masa Dania tengah cuti 'Study Week'.

Bila tanya kat staff di Watsons ni Shu ni sebagai apa kat sini?. Beliau merupakan Assistant Store Manager. Terima kasih kerana tawarkan kerja Part Time kat Dania. 


Dijadualkan masuk kerja jam 10 pagi. 9.30 pagi dah tiba kat IOI City Mall ni. Seperti biasa ayah dan ummi ada la menghantar. Watsons ni ada 2 kat IOI City Mall ni. Kat tingkat bawah dan atas. Dania dapat kerja kat Watsons atas ni. Sebelah District 21. Watsons ni ada 2 pintu. Watsons nampaknya akan buka lagi 1. Dengar-dengar cerita Watsons Pink. Jadi kalau buka pula yang tu jadi 3 Watsons dah. 

Rezeki juga dapat di Watsons ni. Last year pernah apply Watsons kat bawah tapi tak ada rezeki. Masa yang tepat dan sesuai dapatlah rezekinya. Alhamdulilah. Barang-barang Dania macam pencuci muka, syampu, ubat gigi etc memang semua beli kat Watsons ni. Harap-harap ada staff price. Hehe 


Bergambar dulu....


Masa ni panggil Dania kejap kat luar. Tiba-tiba ada yang minta salinan sijil SPM dan salinan IC. Tak sebut pun minta yang ni. Kalau ada, memang prepare la awal-awal kan. Nasib baik la segala mak nenek sijil ni ada dalam simpanan email saya. Terus screenshot dan whatsapp kat Dania. Sijil SPM kan dah ada QR Code. Boleh check kesahihan sijil SPM ni jadi tak boleh la tipu. 


Selalu kalau Dania kerja Part Time ni memang bawa bekal. Hari ni bawa Spaghetti Aglio Olio. Letak udang, telur dan daun kucai. Letak sedikit sos tomato kat atas sebab Dania nak sos tomato. Masuk dalam mangkuk tingkat. Spaghetti ni buat spaghetti Angel Hair. Siap sudu dan garfu juga tisu dapur. 


Moga baik-baik ajer untuk Dania....nanti tunggu ummi terjah....😅. So far Dania tak ada pengalaman kerja di F&B ni. Ada juga mintak macam A&W, Tealive, Baskins Robbins tapi rezeki je tak memihak kepada Dania. F&B ni dah selesai kerja bukan boleh terus balik...kena bersihkan segalanya....lepas tu kena cucuk typhoid pulak. Ada kawan Dania dulu kerja kat Cold Stone Ice Cream tu. Dia kata penat. 

Masa nak pick up Dania balik…saya parking dalam kemudian ke Watsons nak tengok Dania. Ok….bawa beg pula keliling Watsons. Hehe. 


Kena pakai tag nama kat tudung belah kanan. 


Moga baik-baik ajer untuk 2 bulan akan datang. Bersyukur saya Dania dapat kerja kat Watsons yang memang kalau tak kerja pun selalu sangat ulang alik masuk sini nak beli barang-barang. Nak kerja ni pun Dania yang nak kerja. Takde la saya paksa. Nak dapat duit lebih untuk Dania beli apa-apa yang dihajati. Setiap bulan memang ayahnya akan transfer kat Dania ni untuk buat duit belanja. Jadi...kerja ke tak kerja ke memang dapat juga duit belanja. Bukan juga kerja ni untuk bayar duit yuran Universiti. Tu tanggungjawab ayah Dania yang bayar. Ada juga yang cakap Dania anak seorang ajer cukup kalau tak kerja pun....sebenarnya tak ada nak top up apa pun....bila Dania kerja semua duit tu hak dia...ummi dan ayah tak minta pun....

Lagi satu, boleh la tambah pengalaman berharga masa kerja ni. Kerja dalam satu pasukan, boleh mendengar arahan, boleh berkomunikasi dengan rakan sekerja, boleh berkomunikasi dengan semua lapisan masyarakat, mendidik tentang mematuhi masa, cara nak mengawal emosi ketika berurusan dengan pelanggan yang cerewet, dan yang penting boleh tambah pengalaman bekerja dalam resume. Kali ni di Watsons, Dania akan dapat pengalaman mengendalikan mesin kaunter. Kalau di F.O.S ni pekerja part time tidak dibenarkan mengendalikan mesin di kaunter. Masa kerja di kaunter kasut Bethany Roma & Swiss Polo sebelum ni pun mesin kaunter dikendalikan oleh pekerja Parkson. Dania dah kena tanya dah ada pengalaman guna mesin kaunter ke?. Memang tak pernah la. 





XOXO,
Ezna

 

5 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Lembut aja muka Dania ni, suka Sis tengok dia.. all the best Dania..
    Senangkan sekarang sijil dah ada QR, so takde laa hilang sijilnya

    BalasPadam
  2. bagus betul sbb dania dh ada byk pengalaman keje part time. F&B sgt penat ezz...i sempat keje McD sebulan jer masa i kat matriks..i keje mcd kat kompleks pkns shah alam

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum..Hai Kak, Maaf lama tak singgah sini. Terima kasih masih sudi singgah blog saya. I'm back!

    Alhamdulillah..Tahniah Dania. Senang dia dapat kerja. Semoga baik-baik je dan Allah permudah segala urusan. Aamiin...
    Kalau dapat staff's price best jugak tu

    BalasPadam
  4. Wha! Pandai cari duit poket sendiri!

    BalasPadam
  5. Rasa better lagi kerja kat store macam ni kot dari F&B. Kena masuk awal sblm mall bukak sbb nak prepare bahan2 memasak, lepas tu balik akhir lepas mall tutup sebab nak kena buat kitchen clean up. Dulu merasa kerja part-time kat food court Jusco (skrg AEON) masa final year. Ya Allah penatnya Tuhan je yang tau 😅

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.