Part Time Dania 2026 di Watsons

Bila habis je paper pada 21 Julai, 22 Julai Dania dah mula kerja part time. Ni Dania dapat whatsapp dari Shu, Watsons yang tanya-tanya Dania masa Dania minta kerja kat sini. Whatsapp diterima pada 10 Julai masa Dania tengah cuti 'Study Week'.

Bila tanya kat staff di Watsons ni Shu ni sebagai apa kat sini?. Beliau merupakan Assistant Store Manager. Terima kasih kerana tawarkan kerja Part Time kat Dania. 


Dijadualkan masuk kerja jam 10 pagi. 9.30 pagi dah tiba kat IOI City Mall ni. Seperti biasa ayah dan ummi ada la menghantar. Watsons ni ada 2 kat IOI City Mall ni. Kat tingkat bawah dan atas. Dania dapat kerja kat Watsons atas ni. Sebelah District 21. Watsons ni ada 2 pintu. Watsons nampaknya akan buka lagi 1. Dengar-dengar cerita Watsons Pink. Jadi kalau buka pula yang tu jadi 3 Watsons dah. 

Rezeki juga dapat di Watsons ni. Last year pernah apply Watsons kat bawah tapi tak ada rezeki. Masa yang tepat dan sesuai dapatlah rezekinya. Alhamdulilah. Barang-barang Dania macam pencuci muka, syampu, ubat gigi etc memang semua beli kat Watsons ni. Harap-harap ada staff price. Hehe 


Bergambar dulu....


Masa ni panggil Dania kejap kat luar. Tiba-tiba ada yang minta salinan sijil SPM dan salinan IC. Tak sebut pun minta yang ni. Kalau ada, memang prepare la awal-awal kan. Nasib baik la segala mak nenek sijil ni ada dalam simpanan email saya. Terus screenshot dan whatsapp kat Dania. Sijil SPM kan dah ada QR Code. Boleh check kesahihan sijil SPM ni jadi tak boleh la tipu. 


Selalu kalau Dania kerja Part Time ni memang bawa bekal. Hari ni bawa Spaghetti Aglio Olio. Letak udang, telur dan daun kucai. Letak sedikit sos tomato kat atas sebab Dania nak sos tomato. Masuk dalam mangkuk tingkat. Spaghetti ni buat yang Angel Hair. Siap sudu dan garfu juga tisu dapur. 


Moga baik-baik ajer untuk Dania....nanti tunggu ummi terjah....😅. So far Dania tak ada pengalaman kerja di F&B ni. Ada juga mintak macam A&W, Tealive, Baskins Robbins tapi rezeki je tak memihak kepada Dania. F&B ni dah selesai kerja bukan boleh terus balik...kena bersihkan segalanya....lepas tu kena cucuk typhoid pulak. 

Masa balik…saya parking dalam kemudian ke Watsons nak tengok Dania. Ok….bawa beg pula keliling Watsons. Hehe. 


Kena pakai tag nama kat tudung. 


Moga baik-baik ajer untuk 2 bulan akan datang. 





XOXO,
Ezna

 

3 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Lembut aja muka Dania ni, suka Sis tengok dia.. all the best Dania..
    Senangkan sekarang sijil dah ada QR, so takde laa hilang sijilnya

    BalasPadam
  2. bagus betul sbb dania dh ada byk pengalaman keje part time. F&B sgt penat ezz...i sempat keje McD sebulan jer masa i kat matriks..i keje mcd kat kompleks pkns shah alam

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum..Hai Kak, Maaf lama tak singgah sini. Terima kasih masih sudi singgah blog saya. I'm back!

    Alhamdulillah..Tahniah Dania. Senang dia dapat kerja. Semoga baik-baik je dan Allah permudah segala urusan. Aamiin...
    Kalau dapat staff's price best jugak tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.