Oriental Kopi di pagi hari

Masa ni Dania dah breakfast sandwich kat rumah dan dah kenyang pun. Sandwich homemade. Ni kebetulan nak kena hantar Dania masuk kol 8.30 pagi. Oriental Kopi ni Sabtu - Ahad buka jam 8 pagi. Sementara tunggu store Watsons buka, Dania dengan kami la. 


Nampak ramai juga yang makan kat sini. Kat manalah mereka tinggal ya? Semata-mata nak makan dalam mall yang masih tutup....mesti mereka tinggal berdekatan.  



Dalam 8.25 camtu Dania dah gerak naik atas dah. Memang tak sempat merasa makan atau minum dan memang tak order pun untuk Dania. Dah makan sandwich kat rumah dah pun. Tapi....kalau makanan tiba awal boleh la makan-makan dulu merasa sikit kan....


Tak lama lepas Dania naik atas makanan pun tiba. Tak terasa nak makan yang lain, saya makan ni je. 


Hubby makan roti dengan kaya dan mentega. Ni makan simple je sebab nanti tengahari ada kenduri. 


Kopi butter belah kiri dan teh o suam. 


Sebelum balik kena check dulu Dania dah masuk ke belum. Barulah tenang hati saya ni. Gelap lagi la kawasan sekeliling. 


Pintu memang ditutup la sepenuhnya bila semua pekerja Watsons dah masuk. 


Nampak Dania dari luar je la. Tak perasan pun Dania. Sibuk check tester barangan makeup la tu. 


Bekal Dania masa ni ialah nasi dan blanket dumplings. Blanket dumplings ni selalu lalu dalam IG saya. Tu yang gigih mencari bahan-bahan terutama kulit dumplings tu. Sedap rasanya. Peminat makanan cina mesti suka. Isinya saya letak ayam cincang, kobis, carrot selain bahan-bahan yang lain la. Blanket dumplings ni tak payah balut pun cuma selimutkan je dumplings tu. Macam kita pakai selimut....kemudian taburkan daun bawang, chilli oil dan kicap sedikit. 

Dania bawa bekal la kat tempat kerja macam selalu time kerja part time ni. 


Close up blanket dumplings. Dania suka makannya....




 

6 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Tak pernah try kopi butter. Sedap tgk menu dumpling tu

    BalasPadam
  2. Dah lama tak makan dumplings selalu makan dekat TCRS je. Gaji ni nak makan la. Mesti mak Dania ini jenis mak2 yang risau dengan anak dara sorang kan?

    BalasPadam
  3. fuh dlm mall yg masih tutup pun ramai yg makan situ.. rasanya mmg org org yg bekerja kat situlah kot..

    BalasPadam
  4. Sedap nampak blanket dumplings tu. Nak try la kalau rajin hihi...

    BalasPadam
  5. Syoknya sarapan santai sambil tunggu Dania masuk kerja! Nampak terliur sangat blanket dumplings homemade tu, kreatif betul. Terubat rindu anak dara nak makan bekal mak kan!

    BalasPadam
  6. Roti bakar + kaya + butter kat Oriental Kopi memang the best. Sedap.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.