Mencari kulit?

Dania balik petang jadi alang-alang nak mencari kulit.....kita pergi awal 2 jam la sebelum Dania balik. 2 jam pun dah cukup bagi saya nak me time cari barang-barang. 

Sebelum tu naik atas tengok Dania kejap. Ok sibuk assist kat bahagian self check out counter. Kena assist customer yang nak buat pembayaran. T-Shirt Watsons ni katanya Dania akan dapat tapi tak sure warna hitam atau hijau. Kena tunggu tiba t-shirt dalam masa seminggu.   


Saya pula ke Marrybrown dan.....order bubur nasi. Kan saya kata saya suka bubur ni. Beli juga sambal prawn tu. 


Sedap bubur dia sebab ada kruk krak tu...., ayam dan saya letak sambal prawn nak bagi kick lagi. 


Kemudian saya masuk Uniqlo....


Ada beberapa item ada limited offer. 


Check out seluar cotton relaxed ankle pants berwarna hijau ni. Kalau seluar warna ni memang murah sikit iaitu RM49.90. Kalau seluar warna lain harganya RM59.90. Harga asal RM79.90. Ni harga promosi. 


Uniqlo ni saya suka pakaiannya selesa dan tahan. Harganya kena tunggu potongan baru la best membeli. 


Lepas tu ke Lotus pulak nak cari kulit.....eh eh kulit apa ya? Tak jumpa la kulitnya kat sini. Udah saya ke hujung pula ke Aeon pulak. 


Masa kat Lotus tu saya ada tanya seorang cina ni mana nak cari kulit dumpling. Ni la kulit yang saya nak cari. Dia kata cari kat tempat jual tauhu. Tauhu selalu kat tempat sejuk beku la kan?. Dia kata nama kulit dumpling ni 'wantan pastry'. 


Ternampak pula pes ni. 


Ok....ni dah kat tempat jual tauhunya. Mana ke rupa kulit dumpling ni?. 


Ikutkan rupa dia pun saya tak pernah tengok tapi since dah ada nama wantan pastry dan 'halal', saya ambik la yang ni. 


Ada pun kulit yang dicari kat Aeon ni. 


Nak senang beli je la dumpling yang dah siap ni. 


Siap dah beli. Terlalu kedai Calvin Klein. Jung Kook tengok-tengokkan Dania nanti ya?. 😅 Buruk cara duduknya tapi nak tunjuk dalaman Calvin Klein. 


Eh....terlalu sini pulak. Sibuk betulkan kedudukan ubat gigi....


Saya bagi tahu tunggu kat tempat duduk escalator ni je. Dania turun nampak la saya. 


Since Dania dah kerja sini memang kerap la saya datang ke sini pula. Tahun lepas sibuk ke Alamanda. Hehehe. 




XOXO,
Ezna


17 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Ingatkan cari kulit apa lah tadi!!

    BalasPadam
  2. wantan pastry tu kalau ammi suka cari yang bulat sebab senang nak bentukkan bila dah letak isinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ke?. Saya cari asal jumpa je sebab susah betul nak cari. Rupanya AEON ada.

      Padam
  3. ingatkan mencari kulit apa td..rupanya kulit dumpling

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suspens ya kulit apa tu....kulit dumpling ni Amy. Payah nak jumpa. Tak tahu pula kat mana nak cari.

      Padam
  4. kulit dumpling ni syok nak buat macam-macam. ada hari tu musim dumpling lasagna, memang sakan beli kulit tu.

    yaa bubur marrybrown dan sambal dia memang best. dah jadi comfort food kata orang.

    uniqlo memang beli kalau ada sale. suka kualiti kainnya. basuh banyak kali still nampak elok macam baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ada ya dumpling lasagna. Nampak betul tak tahu. Kalau dumpling biasa je tahu. Lagi pun jarang buat lasagna tu.

      Bubur Marrybrown tu memang sedap la. Tapi kena ada sambal tu lagi sedap.

      Uniqlo selalu cari bila harga dia turun. Idak memang mahal la.

      Padam
  5. wahhh u nak masak dumpling ker ezz...sedapnyaaa....rajin dan komited dania bekerja tu. bagus sgt!!suspens i baca entry u ni, ingatkan kulit apa hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Suzz....Dah habis dah kulitnya. Sedap la rasanya Suzz. I ada buat isi ayam dan isi udang. Nak kena cari kulit lagi. Ala I google resipi dia....

      Dania rajin sebab kata nak kumpul duit. Tapi tak tahu lagi nak beli apa. Last year dia beli kasut New Balance yang dia nak sangat. Ada juga pakai time kerja ni.

      Padam
  6. Kena baca sampai habis baru tahu kulit apa..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe....kulit dumpling je.....tapi tu la macam2 kulit ada....orang pun suspens....

      Padam
  7. boleh guna alsan tu utk dtg window shopping hari hari.. hihiii :D

    BalasPadam
  8. Ingatkan kulit apa tadi! Nasib baik akhirnya jumpa pastry wantan yang dicari kat Aeon. Gigih sungguh demi nak buatkan bekal dumpling lezat untuk Dania!

    BalasPadam
  9. Mencari kulit dumpling rupanya. Ingatkan kulit apa la 😁

    BalasPadam
  10. laaaa kulit dumpling rupanya..ingat kulit apa la tadi...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.