Sesi makan di Serai dan Sir Uzairi

Semalam, hubby kata nak berbuka di luar kemudian saya suggest berbuka di sini. So kami semua menuju ke IOI City Mall. 


Kalau dapat tempat duduk tepi air pancuran tu best juga tapi penuh la. Dapat tempat duduk yang sebelahnya ala sofa dan sebelah lagi kerusi kayu. 


Dania dia berjalan masa ni sebab tak nak tunggu kat meja sebab nampak minuman yang menyelerakan. Berpuasa kan jadi terganggu nampak makanan / minuman yang terhidang di atas meja. Hehe. Kita ambik je la gambar berdua. 


Masa ni makanan saya je belum sampai. 


Bergambar dulu. Masa ni beberapa minit sebelum berbuka puasa. 


Hidangan Dania, air tembikai dan fresh tomato penne. 


Saya pula memilih sparkling lemon dan nasi goreng Thai pedas. 


Hubby pilih teh tarik dan nasi ulam ayam bakar. Hubby teringin nak makan menu yang Jibby by The Park sediakan tapi tak ada pula kat sini. Memang hidangan berlainan di Serai Group ni. 


Pisang goreng dengan rose syrup dan aiskrim vanilla. Lama tak makan ni. 


Piring disediakan tiga bersama garfu. 


Kek yang disediakan....

Hidangan kat sini sedap. Boleh la pergi lagi. 


Lepas tu nak ke surau....tapi hubby nak mencuba solat kat Musolla yang besar kat IOI City Mall ni tempat mereka buat solat jumaat. Masa menonton The Devil Wears Prada saya dan Dania solat kat sini. Hubby belum pernah jadi kami ke sini la.

Masa berjalan kami berselisih dengan Sir Uzairi dan isterinya Aina Adleen. Saya tak perasan tapi Dania cakap perlahan....ummi Sir Uzairi. Terus la saya panggil Sir Uzairi...hehe. Beliau dah melepasi kami dah. Minta izin ambik gambar dan tadaaaa....Sir kata haa kamera...mungkin pelik bawa kamera dalam mall kan. Saya nak ambik gambar kami makan tadi tu yang beriya bawa kamera. Kang guna phone penuh lagi gallery saya. Dah banyak yang saya buang dah. 

So...perkenalkan Dania Plusian SPM 2021. Sir tanya dah kerja ke....Dania kata masih belajar. Plusian ialah gelaran buat student yang ambil tuition online dengan MC+. Sir Uzairi ajar Dania tuition Matematik. Pernah la join sekejap tuition face to face kat Maths Cinic Bangi tu sebelum time tu diisytiharkan tak boleh buka premis perniagaan sebab Covid-19. Selepas tu Pusat Tuition Maths Clinic buat online tuition yang namanya MC+. 

Lawa isteri Sir Uzairi ni...hidung mancung....


Lagi gambar. Sir Uzairi tanya hubby kami tinggal kat mana....


Throwback Dania dan Sir Uzairi kat Maths Clinic tahun 2020 masa Dania Tingkatan 4. Sir Uzairi masa ni pening kepala agaknya. 6 tahun lalu. Rambut Sir pun panjang time ni. 


Ni ada video Dania join Circle your correct answer (Cyca) dengan Sir Uzairi tahun 2019 kat MMU, Cyberjaya. Link CYCA

Dulu memang rajin la sign up nama Dania untuk bengkel mata pelajaran ni. Kalau dekat mesti pergi macam event Berita Harian PT3 kat Heriot Watt, CYCA PT3 kat MMU etc. Masa UPSR pun ada Berita Harian UPSR buat kat UKM. 




XOXO,
Ezna





 

20 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Next year anak sulung saya nak masuk form 5. Ada terfikir nak enroll tuition dengan MC+ tahun depan utk dia. Skrg ni dia enroll dgn online tuition dekat Pandai apps. Bagus tak MC+ ni, sis Ezna?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Actually kalau pengalaman Dania memang dia kata dia faham tuition MC+ ni. Tutor kat MC+ ni pandai tackle student ni. Takde la serius sangat mengajarnya, ada lawak2 sikit tapi masih belajar. Kemudian ada time Dania dulu tutor yang akan tunjuk 'magic' dia masa kelas.

      Paling menarik....MC+ akan keluarkan soalan spot yang dijangka akan keluar dalam SPM dan Dania kata macam tendangan bola masuk gol ummi....amboiiii bahasa Dania....soalan yang keluar tu ada keluar SPM tapi seakan-akan la bukan 100% sama tapi konsepnya sama.

      Tak hairan la bila ada soalan masa SPM bertutur Bahasa Inggeris soalan : a teacher that give huge impact in your life?. Dania cakap Sir Fathi MC+ sebab Sir lah Dania dah tak takut nak buat soalan Add Maths. Dania memang takut subjek ni...

      Untuk Dania, dia ambik semua subjek kecuali English & Bahasa Melayu. Sesuai untuk yang boleh tuition secara online. Dan....masa time Dania bila tak sempat nak ikut kelas tu ada boleh tengok ulangan dia. Ada anak yang online tak ngam sangat berbanding f2f (face to face).

      Padam
  2. Nampak sedap pulak pisang dengan ais krim tu. Cantik isteri sir tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pisang tu sedap juga makan dengan syrup dengan aiskrim vanilla. Ya isteri Sir tu memang manis sangat.

      Padam
  3. Bertuah Dania dapat jumpa cikgu tuisyen kegemaran secara live kat mall. Kelakar pula bila Sir tegur pasal bawa kamera besar tu, tapi betul sangat Ezna... kalau guna phone, memang cepat penuh gallery dengan gambar makanan! Hehe. Cantik isteri Sir Uzairi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha...ya bab kamera besar kebetulan nak ambik gambar makanan. Jumpa pulak Sir Uzairi jadi guna kamera jugak la, Hehe

      Padam
  4. wah..best tu jumpa depan2...
    Plusian..yess..Iris pun have fun sgt tuition ngan MC+ ni cikgu dia memang fun so sesi pembelajaran tu x de la serius sgt. alhamdulillah result Iris pun byk sgt improve berbanding dr trial dulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya memang Dania pun enjoy tution online MC+ ni. Ya kan Iris dan Dania sama2 improve resultnya. Alhamdulilah. Tak sia2 pilih MC+

      Padam
  5. cantik gmbr u berdua dgn hubby u tu..guna DSLR ker? anyway, mknn kat serai semua nampak sedap laaa...i tak pernah lagi try mkn kat serai dlm kl east mall

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gigih I tanya hubby I phone apa Suzz....Oppo you...memang selalunya I suka result gambar dari phone hubby I ni lawa sangat. Ce you try makan kat Serai. Memang sedap la you.

      Padam
  6. Dah banyak beza sir tu ye, cuma senyum still sama...

    BalasPadam
  7. Simple je makanan Dania, Fresh Tomato Penne

    BalasPadam
  8. Resto serai ini dah beberapa kali baca review. Menarik memang tempatnya ya kak. LGS terbayang aroma serai 😄❤️.

    Aiiiih pisgor nya cantiiiiik sangat plating dia 😍😍. Penasaran rasanya

    BalasPadam
  9. nampak sihat pulak makanan dania tu, just letak tomato dgn basil je

    BalasPadam
  10. lama tk singgah mkn kt SERAI...tisya dlu pn ada amik online tuition dkt mc+

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.