Rezeki berjiran

Baru-baru ni diadakan majlis kesyukuran sempena masuk rumah baru di kawasan saya. Selain itu ada doa selamat sempena tuan rumah nak pergi menunaikan haji. Actually ini bukan pertama kali tuan rumah menunaikan haji ni....katanya dah untuk kali keberapa dah ni. Yang beritahunya kawan lama kepada tuan rumah. 

Tuan rumah yang lelaki ni baru pertama kali jiran-jiran kenal sebab rumahnya baru siap. Beliau merupakan exco Kedah. Adalah Datuk ni. Ada rumah area Kajang. Kalau tak silap isteri dan keluarganya kat Kajang manakala beliau kat Kedah. Ulang alik la ke Kajang (kalau tak silap saya la). Beliau juga merupakan ahli politik dari XXX. Masa memperkenalkan diri kat surau, beliau kata beliau orang politik dan tak nak membahaskan pasal politik....ye lah politik ni kadang-kadang buat orang geram ya tak?. Mungkin baru di kawasan ni jadi tak nak la cari masalah pulak kan?. 

Rumahnya terletak di hujung sekali. Renovasi rumahnya makan berbulan jugak. Baru siap....nasib baik la bukan sebelah rumah saya. Kalau tidak terganggu la dengan bunyi bising. Saya ni senang terganggu dengan bunyi bising. Saya suka keadaan yang tenang dan senyap. 


Hubby datang lewat sikit sebab mengikut group kariah surau selepas Isya'. Jadi saya dan Dania awal sikit la 8.45 dah tiba. Bau kambing bakar dah sampai rumah saya walau rumah Datuk ni hujung sekali. Bau tiba dulu. 

Jadi....semeja dengan kawan baik tuan rumah (Datuk) yang dah kenal berbelas tahun sebelum Datuk ni berkecimpung dalam politik lagi. Kawan baik Datuk ni juga ahli lembaga pengarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Seronok la berborak dengan beliau dan isterinya. Banyak yang berilmiah la seperti bual bicara mengenai program Dr. Perubatan Veterinar. Kebetulan the only Uni kat Malaysia yang ada Dr. Perubatan Veterinar ni di UMK dan UPM sahaja. Dania pula program Sains Haiwan jadi lagi rancak la berborak. Ada juga off record yang diceritakan tapi biarlah off record. Katanya dalam bidang Veterinar dan haiwan ni kalau nak belajar pasal haiwan liar dan ladang yang besar boleh la ke UMK. Kalau nak belajar pasal teknologi boleh la ke UPM. Ohhhh.....satu ilmu penting yang saya tahu juga. Tapi tu la bila dah dapat Universiti awam ni bukan la boleh piih nak dapat UMK ke UPM ke....rezeki dapat yang mana kan?. Bersyukur juga la kat UPM ni....sebab teknologinya dalam Sains Haiwan ni. Isterinya juga bila nak sebut baka kucing-kucing peliharaannya tanya Dania....dan Dania boleh jawab....seekor Bengal dan seekor lagi Scottish Fold sebab telinga macam tertutup. Bengal tu bentuk ala ala harimau bercorak / kek lapis. 

Hubby dan kariah surau baru tiba dan duduk belakang saya. Kalau dah namanya orang dalam IPT ni memang banyak la cakap. Saya dah senggol dah kaki Dania. Hehe. Kadang-kadang macam mana nak bagi fullstop ni?. Errr saya kenalkan la hubby kat beliau dan ada la fullstop. Fuhhhh..... Saya dan Dania pun jauh-jauh sikit la. Tunggu hubby habis kami balik sekali. 

Saya jenis tak sampai hati biarkan mereka yang semangat bercakap tu. Saya akan tanya soalan. Dari situ saya akan dapat info baru. Bila tanya soalan lagi bersemangat la orang tu bercakap. Ahhhh sudah.....tu yang tak ada fullstop tu. 😅


Rumah memang cantik la. Ada pergola kat luar. Kebetulan kat sebelah sini ada mengalir sungai kecil. Lagi la tenang je kan....Best duduk hujung sebab privacy sikit. Tak ada la orang parking merata depan rumah. 


Ni pula alang-alang cerita pasal jiran..... kita cerita jiran lain pulak. Saya dapat rezeki ni iaitu Choc Moist Cake dan mangga manis. Sebelum tu saya beri jagung yang baru dipetik dari ladang dengan Dania tu. Tu agaknya ni balasannya. 

Choc Moist ni sedap la kek dia dan mangga ni manis betul. Sedap. Alhamdulilah. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. 


Tu je lah rezeki berjiran kali ni....




XOXO,
Ezna

 

21 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Alhamdulillah, rezeki berjiran dengan orang yang baik2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang baik ada yang annoying pun ada...biasalah Carneyz manusia kan.....

      Padam
  2. Rezeki Allah dapat naik haji berkali-kali. Semoga dipermudahkan urusannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya berkali-kali hajinya. Alhamdulilah....jemputan Allah juga.

      Padam
  3. Betul tu sis..Susah jgk nk cari idea utk bg fullstop. =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe. Memang ya.....dalam hati bila nak habis ni?

      Padam
  4. Alhamdulillah..baik² jiran kak ezna..jiran Linda kat Tronoh, asyik mengelak je..nk tegur dulu, dia cepat² masuk..Emm.. tak best betul rasanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini akak cerita jiran yang baik...yang annoying tu memang ada Linda. Tak cerita je kat sini. Hehehe

      Padam
  5. Part senggol² kaki tu Sy selalu buat dgn husband. Kadang rancak sangat borak tu, kita bg la signal haha ...
    Sy pun suka sunyi & tenang, tapi itulah dekat rumah sekarang ada pembinaan SRA. Bertabah la kami

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh kalau pembinaan SRA tu memang besar-besaran tu PH. Tak sanggup dengar ketuk mengetuk, menggerudi.....kalau orang hempas pintu pun saya tak boleh dengar....bayangkan la PH...kalau rumah berdekatan dengan kita lepas tu bukan reti nak tutup pintu pelan2....dihempasnya.....ya allah bertabah la.

      Padam
  6. woww kaya betul jiran u tu ezz...T5 tu!! kelakar baca part senggol-senggolan tu haaahahah

    BalasPadam
  7. Dapat jiran baik2 pun rezeki jugak. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  8. Hahahaha saya paham yg kakak rasa. Jika orang dah bicara tanpa henti, aiiiih memang susah nak kita stop 🤣🤣. Apalagi jika jenis introvert macam saya lah. Saya nih kalau ketemu yg bisa klik, semisal dengan teman bloggers, saya pun jadi banyak bicara. Tapi kalau ketemu yg tidak se-klik, jadi banyak diam. Kalau lawan bicara banyak bicara, saya pula yg sudah nak stop dia hahaha

    BalasPadam
  9. Faham kalau ada yang bercerita non stop😅

    BalasPadam
  10. Haha kelakar la part Ezna senggol kaki Dania tu! Lawak betul, tapi faham sangat .. kadang-kadang kalau dah jumpa geng yang sekepala dan rancak bercakap, memang tak jumpa butang pause atau fullstop. Kita pula jenis tak sampai hati nak potong borak, sudahnya tadah telinga je la sambil cari peluang nak balik. Hehe..

    BalasPadam
  11. alhamdulillah..dpt jiran yg baik pun rezeki jugak tu

    BalasPadam
  12. Geli hati baca bab sampai Kak Ezna dah senggol Dania tu hahaha

    BalasPadam
  13. tergelak jap saya bila kak ezna describe kucing bengal tu ala2 kek lapis haha.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.