Pergi lawatan ke tempat sembelihan babi moden

Hari ni kelas Dania kena pergi lawatan ke tempat sembelih babi. Pagi lagi lepas Subuh dah tiba di Umai Cafe @ Serumpun di Kolej Serumpun UPM. Tiba sini dalam jam 6.15 pagi. Saya dah siapkan makan tengahari untuk Dania dan 3 kawan yang Dania baik dalam kelas. Ini je saya mampu buat. Belakang Dania dah ada 2 kawan sekelas dari China pun dah tiba. 

Bila saya nak balik, ada 2 kawan Dania yang Dania rapat sampai juga dari Kolej Canselor. Naik Grab nak ke sini dengan bayaran RM5 kalau tak silap saya la. Bila dah ada kawan-kawannya, saya dengan senang hati tinggalkan Dania la kat sini. Walau dah nak masuk 22 tahun, tapi hati seorang ummi ni masih risau la kan. Saya akan lega jika ada orang yang saya percaya la....


Ni kawan sekelas Dania la....mereka buat lawatan kat Tip Top Meat Sdn Bhd yang terletak di Bestari Jaya. Rumah sembelihan babi yang canggih la sebenarnya. Menggunakan peralatan yang terkini untuk menyembelih babi. Dania dah siap2 pakai face mask la sebab babi ni kan ada satu bau kan....


Makanan yang saya sediakan ni Mac & Cheese ayam dengan cendawan butang. Kalau mac & cheese semata takut tak kenyang pulak. Tu yang letak ayam dan cendawan butang jugak. Siap letak dalam bekas ni untuk 3 pax dan setiap satunya siap sedia sudu garfu plastik yang dibalut dengan tisu napkin. Tak gaduh nak share dah. Setiap seorang ada bekas masing-masing. Portion pun semuanya sama je. Nak lap mulut pun tisu dah disediakan. Dania saya letak dalam mangkuk tingkat tapi selapis je la. Bekas kawan-kawan Dania ni pun agak tinggi jugak. 

Harap-harap kenyang la mereka ya. Gigih la saya beli barang-barang nak masak ni semalam. Ada yang guna MYSara jugak macam susu, makaroni dan mentega SCS. Macam cheese keping dan cendawan butang tak boleh guna MYSara. 


Gambar kat dalam tempat sembelihan tak ada la sebab tak boleh ambik gambar pun. Dania kata pergi kat tempat babi hidup kemudian disembelih pun ada, kemudian ke tempat babi di stim kan. Errr....Dania kata ada babi warna pink....babi bukan hanya warna pink ya...warna lain pun ada...kemudian Dania kata mata babi cantik....ye ke? 😅

Mereka ke sini under subjek Sains Babi dan lecturer yang mengajar merangkap Dekan Fakulti Pertanian iaitu Prof Dr. Loh Teck Chwen. Prof pun pergi dengan mereka naik bas sekali. Prof ni sebenarnya seorang Doktor Perubatan Veterinar. Prof juga dinobatkan sebagai World's Top 2% Scientists (The Career Achievement). Beliau merupakan saintis di UPM ni. Bila bercakap fatherly sangat....dalam kelas banyak kompromi kepada pelajar kelas Dania. Terima kasih Prof!. 

Gambar ramai-ramai kat tempat sembelihan babi moden....Dania tak ada sebab pergi rest room. 


Dania dan kawan-kawan dalam perjalanan balik lepas singgah masjid untuk solat jumaat. Moga selamat la perjalanan mereka. 





XOXO,
Ezna
 

22 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Pengalaman yang sangat unik untuk Dania! Walaupun mungkin ada bau yang kurang menyenangkan, tapi ilmu yang dapat tu sangat mahal harganya. Lawatan sambil belajar macam ni memang bagus untuk pelajar. Mac & Cheese tu nampak menyelerakan sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...boleh tengok live macam mana mereka sembelih babi. Mereka guna peralatan yang canggih dan terkini.

      Padam
  2. kalau bukan untuk tujuan belajar ..memang tiada peluang untuk ke tempat sembelih babi..pengalaman yang rare juga tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang ini yang saya fikirkan. Pengalaman yang unik juga kan....

      Padam
  3. Balasan
    1. Ya tapi dalam masa yang sama geli juga. Huhuhu

      Padam
  4. Ada ye subjek pasal babi ni.. baru Sy tahu. Ingatkan setakat belajar gitu² je rupanya ada field trip juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada PH. Mereka ni belajar haiwan yang boleh dimakan macam ayam, kambing, lembu dan babi....

      Padam
  5. Sy kenal oink oink warna pink & hitam je sis =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam2 warna juga Nieza, selain hitam pink ada putih, merah, keperangan, kekuningan dan ada juga 3 warna....

      Padam
  6. Pengalaman untuk Dania & kawan2. Best la dorg dapat makan bekal aunty bagi.

    BalasPadam
  7. Ada erk subjek sains ba alif ba ya

    BalasPadam
  8. Semua jenis vinatang pun kena belajar ye. Hanjeng ada juga ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Actually Sains Haiwan ni belajar pasal haiwan yang boleh dimakan. Lazimnya haiwan yang kita ternak seperti babi, lembu, kambing, ayam....bab anjing tu belajar dalam Anatomi dan Fisiologi Haiwan Domestik I & II tapi takde la menyeluruh. Banyaknya pasal haiwan yang boleh dimakan.

      Padam
  9. bagus jugak exposure gini sbb kta as muslim memang tak de lah tahu byk benda ps babi ni...sbb rasa jijik gitu ;) yelah dari kecik kan kita belajar..babi ni haram...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul....ada la exposure student ni....sekurang-kurangnya kita tahu info juga. Bab jijik tu memang ya la....Dania sampai mandi berkali kali you...sebab geli....

      Padam
  10. Nasib baik lah babi nih tak perlu disembelih yaa, Krn ada alat modernnya kan ?

    Bicara babi nih kak, saya ada pengalaman dengan peternak babi di jakarta 😂😂.

    Duluuuu saat saya baru awal2 kerja di HSBC, karir saya bermula dari Teller, yg proses transaksi lah. Saya sempat ditaro di cabang HSC Pluit. Ini tuh kawasan orang kaya Chinese. Jadi memang mayoritas non muslim. Dan banyaaak nasabah di sini itu peternak babi 🤣🤣.

    Saya bukan Kenapa2, tapi kdg mereka baru dari tempat sembelihan babi ,lalu DTG ke bank utk setor duit. Ya Allah, baunya, disitulah saya pertamakali cium aroma darah babi 😭🤣🤣. Nak muntah, tapi saya tahan. Trus duit yg saya terima kotor dan ada bekas darah , yg saya tebak itu darah babi 😂😂.

    Sialnya lagi, teman saya lagi hamil. Dia memang termuntah pas cium aromanya. Jadi setiap nasabah2 peternak babi nih DTG, memang tugas saya yg terima, Krn saya tidak sedang hamil 🤣🤣.

    BalasPadam
  11. belajar bab2 haiwan ni memang kena ambil tahu semua benda. pengalaman yg unik!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.