Pada petang 20 Mei 2026 tu...Dania habis kelas awal sikit la kemudian nak tunggu orang menghantar makanan dan minuman untuk Webinar pada malam harinya tu orang catering tu nak hantar jam 6 petang. Saya malas nak balik sebab nanti nak kena datang pula Fakulti kan jadi nak habiskan masa ajak je la Dania ke Mixue dalam main campus UPM ni. Amboiii memang suka la Dania cepat je cakap ok....
Dulu tempat He and She Coffee. La ni dah ganti dengan Mixue pulak. Tak putus-putus la orang datang.
Ada la meja kat luar....duduk sini je la.
Beli apa tu?
Saya makan ice cream mango dan Dania ice cream boba caramel kalau tak silap saya. Panas kat luar ni la....dalam 5.30 petang...bergerak pula ke Fakulti Dania. 5km lebih kurang dari main campus.
Makanan dan Air yang catering hantar, Dania bawa balik. Lepas selesai solat Maghrib terus ke Kolej Tan Sri Aishah Ghani pulak. Dah booking satu bilik meeting bawah kolej lelaki. Aler....nak kena lalu kolej lelaki la pulak. Nasib baik depan je bilik ni.
Ada orang kena mengendalikan webinar Kelab Sains Haiwan bertajuk Cultured Meat is Halal?.
Ni lah bilik meeting yang Dania dan kawan2 yang handle webinar booking tu.
Berat giler nak bawa air sirap ni dan nasi paprik ni untuk AJK yang bertugas.
Pengarah Projek ni yang buat peace ni haaa....hmmmm tak pasal-pasal ummi bantu bawak makanan ya?.
Ain dan David ni masing-masing ada tugas tersendiri. Ain ni Timbalan Dania, David pulak moderator program webinar ni. Walaupun online je....top board kena ada la berkumpul untuk kelancaran webinar. Nampak Dania sibuk juga meeting, jumpa lecturer, deal dengan lecturer, present kertas kerja untuk program ni, print sijil etc.....good exposure I would say. Kalau tak jadi Pengarah Projek takde la pengalaman macam ni kan?.
Participants di kalangan pelajar UPM dan ada juga penglibatan orang luar. Pelajar UPM akan mendapat merit Fakulti. Mereka kena kumpul merit ni untuk cukupkan sebab merit ni yang akan menentukan mereka dapat kolej kediaman atau kena duduk luar. 3 merit kena kumpul iaitu merit Kolej, Universiti dan Fakulti. Setiap kategori ada minima merit kena capai.
Bab ni Dania tak kena kumpul merit tapi kena juga aktif. Tu yang Dania jadi Sekretariat Kelab Sains Haiwan tu. Aktif juga tapi tidaklah sampai terlalu aktif kena kejar merit ni.
Dania kata yang join dalam 130++ pelajar jadi ada juga e-sijil disediakan. Sijil yang elok print tu hanya presenter yang dapat iaitu Dr. Muhammad Nizam Hayat.
AJK ada berbelas juga tapi yang wajib datang cuma 4 orang ni je top board....masa meeting tu lain-lain kena ada sebab nak handle beberapa perkara.
E-Sijil Penyertaan. Kalau yang peserta dapat ada la nama peserta dan no matrik.
Actually lepas selesai hantar Dania ke kolej ni saya pun balik la sebab hubby kata tak payah masak....kita makan kat luar je lah. Ok lah....lagi saya suka 😁. Katanya habis jam 11 malam...lepas tu nak kemas bilik pulak tapi Dania kata bilik ni tak payah kemas banyak mana pun.
Ezna







yelah, kata dah jadi Project Director kan. Kenalah ada PA. Nak hire orang mahal, dia hire Ummi dia je senang hahaha
BalasPadamHmmmm memang ke hulu ke hilir aleh2 ummi gak kena bantu.
PadamMenarik la tajuk webinar tu.
BalasPadamCongrats Dania & team. Believe me, skill & pengalaman yg kita dapat masa involve dgn society/club gini event dah kerja nanti pun berguna kan. Keep it up Dania 👍🏻
Tahniah Dania dan kekawan
BalasPadamUmi jadi PA la kepada pengarah projek tu. Hihi
BalasPadamWahhh..best ni jadi Project manager =)
BalasPadambagus dania dpt exposure gitu!! kena grab semua bila dpt apa2 opportunity
BalasPadamNi memang good exposure utk Dania. Bila masuk kerja nanti, ada kemungkinan kena handle event macam ni seorang diri je. Good job Dania & kawan2! 👍🏻
BalasPadamkekek tak pasal2 ummi pun kena heret jugak ye
BalasPadamSaya ingat he and she cafe, kakak pernah cerita dulu. wah dah tutup yaa. Ganti mixue pula.
BalasPadamElsaya biasanya tak suka mixue sebab susu sangat rasanya. Tp kemarin Fylly ajak makan sana berdua saja. Jadi saya iyakan lah. Cuma saya pilih rasa taro 😄. Supaya susunya tak strong.
Baguuus kalau Dania handle project begini, memanglah menambah pengalaman
Bagus betul pendedahan (exposure) yang Dania dapat sebagai Pengarah Projek Kelab Sains Haiwan ni. Tajuk webinar "Cultured Meat is Halal?" tu pun sangat menarik dan relevan dengan bidang pengajian dia. Betul kata Ezna, kalau tak pegang jawatan macam ni, memang tak merasa pengalaman uruskan lecturer, paperwork, dan sijil. At least Dania dah tak perlu pening-pening kejar merit fakulti/universiti macam kawan-kawan lain sebab dah memang aktif! Tahniah Dania & team!
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.