Makan berdua di Sofina Seafood

Lepas hantar Dania kat Kolej, saya balik dan ambil pula hubby. Hubby pulak yang drive dan kami sama-sama ke Sofina Seafood. Dekat je dengan rumah. 


Saya order kerang rebus dan hubby order nasi goreng USA. Sebenarnya bila kami baru duduk je.....sekejap je terus makanan yang dipesan tiba. Cepat sangat ya....tak sampai 10 minit pun 😅. Part yang paling hmmmmm ialah bila nasi goreng USA ni tak panas langsung. Dah prepare awal-awal la mungkin. Agaknya kalau bagi pekerja Sofina makan makanan yang sejuk ni berselera ke makan?. 

Kerang rebus ni masih panas. 


Nasi goreng patayya saya boleh je la rasanya. Boleh rasa nasi dalamnya tak panas. Sebijik warna nasi hubby tu haa....satu nasi boleh jadi nasi goreng patayya dan nasi goreng USA. Guna pakai je. 


Ada orang yang duduk sebelah saya pun terkejut sebab masakannya tiba awal jugak. Saya nampak macam dia order ikan tiga rasa dan sayur. Tak tahu la kalau lauk pauk mereka pun sejuk jugak. Saya rasa la kalau ya pun nak sediakan awal-awal....at least panaskan la dulu ya tak...ni hidangkan terus masakan yang sejuk pulak. 

Ni kedai tomyam ni dan tak pernah jumpa lagi kedai tomyam yang hidangkan masakan sejuk untuk pelanggan. Mungkin Sofina perlu penambahbaikan....saya tak sure la kalau ada yang tak kisah pun masakan sejuk yang dihidangkan. Dulu-dulu masa saya makan kat sini tak ada pun masalah ni. Mungkin hari yang saya datang tu entah la.....apa ya masalahnya?. 

Kecewa memang kecewa juga la kan dan nak repeat? Memang tidak la kecuali penambahbaikan dibuat la. 

Lepas tu hubby kata terus la ke Kolej tunggu Dania selesai. Tunggu la dari 10 lebih malam tu sampai jam 11 malam baru nampak bayang Dania. In the mean time menonton dulu Dendam Seorang Mentua guna phone hubby. Yusry KRU berlakon. Relaks je berlakon dan kelakar jugak dalam gaya bersahaja tu. Ada juga Lisdawati dan Tracie Sinidol. 





XOXO,
Ezna



 

15 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Alamakkk sejukk emmm mesti tak best kan
    Nk menikmatinya

    BalasPadam
  2. Memang hilang selera bila dapat nasi/lauk yang sejuk.

    BalasPadam
  3. Agaknya dah masak sesiap tu tinggal ceduk ke dalam pinggan je. Pataya tu just bungkus dengan telur je.

    BalasPadam
  4. Aduhai...Part mknn sejuk ni mmg spoiled ler. Betul tu..Jarang kedai tomyam bg mknn yg dh sejuk.

    BalasPadam
  5. errr kalau i, memang mkn sambil bebel la hahahah or at least, panggil jer staff kat situ, tanya kenapa sejuk..tp ada yg jenis tak leh kompen, tak psl2 dia buat dajal kat food kita plak kan..haishhhh

    BalasPadam
  6. ke dia salah order org lain tu. biar kat situ, then u order dia onz kan je la. jimat.

    BalasPadam
  7. Yes, I too expect nasi goreng panas² esp bila kedai offer menu goreng² ni.

    BalasPadam
  8. Memang patut kecewa bila dapat makanan sejuk walaupun cepat sampai. Kita bila keluar makan kat kedai nak la makanan yang sampai tu masih panas lagi. Kalau saya pun takkan jejak kaki ke sini lagi dah

    BalasPadam
  9. dugaan tgh puasa tgk gmbr makanan...kerang rebus lama tk mkn

    BalasPadam
  10. alamakk bila nasi goreng sejuk hurmmm potongggg selera betul lah kan

    BalasPadam
  11. nasi goreng ni kan kategori makanan panas, pelik jugak nape dia tak sediakan panas2 utk orang. spoil je rasa

    BalasPadam
  12. Saya pernah kena. Order seafood nak makan anak- beranak. Salah satunya ketam. Cepat sampai meja. Sejuk jew ketam tu. Agaknya sudah sedia direbus. Lepas tu kalau pelanggan order, dia main tuang sos sahaja.

    BalasPadam
  13. Aiiiih mana bisaaaa, kalah masakan Thai wajib panas lah saat dihidang. Tak sedap memang kalau tak panas 😅😅😅. Sayapun tak akan DTG lagi kalau dpt makanan yg begitu

    BalasPadam
  14. Kalau makan dekat kedai tomyam atau kedai masakan panas, kita memang expect makanan yang sampai tu tengah berasap-asap lagi baru la syok nak makan. Kalau sampai cepat tapi sejuk, memang spoil selera betul. Macam dah siap masak awal-awal la pulak kan. Aduhai, faham sangat rasa kecewa tu, terus pangkah tak nak repeat dah...SA pun tnegah marathon citer Dendam Seorang Mertua tu...sakit hati la tgok citer tu..Dania la ni buat SA terjebak...SA dah sampai episode 17 dah...

    BalasPadam
  15. Frustnyaa...kalau makan kat kedai siam sepatutnya makanan panas2 baru masaklaa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.