Bila Dania keluar, ummi pun me time

Dania nak keluar dengan kawan jadi lepas breakfast kami bertiga hantar la Dania ke MRT.


Dania dan Zalilah ni pergi berempat ni haaa. Mulanya Zalilah kata pergi dengan adiknya Adia....Saya tanya Azalea tak ikut ke?. Lepas tu Dania cakap...tu la ummi cakap pasal Azalea....Dah Azalea pun ikut. Hehe. Mulut saya ni kadang-kadang masin. 

Ni Dania whatsapp gambar dalam train. 


Dania whatsapp gambar makan pulak. Nampak pedas pulak kuahnya tu. 


Sementara itu....boring la duduk rumah jadi saya pun ke IOI City Mall. Niat nak pergi buat urutan jadinya makan dulu la. Selalunya saya akan booking slot dulu jadi senang la nak plan kan....Sebelum buat urutan saya pilih nak makan kat Boat Noodle dulu. 

Ni Wantan Skin. Sedap ratah gini je. 


Padthai dan teh thai. Wantan Skin tu saya makan dengan Padthai juga.


Dah makan habis dah lipstick saya. 


Ni pula masa buat urutan ni. Diberi teh serai panas untuk diminum. Cuba pejamkan mata dan menikmati urutannya selama 90 minit bertemankan alunan muzik yang lembut. 


Selesai urutan, segar sangat badannya rasa relaks jadi lepas tu jalan-jalan kejap kat IOI City Mall ni. Ada Watsons buat promosi di ruang tengah. 


Ada juga brand innisfree kat sini. 


Tertarik dengan Innisfree Cream ni. Buy 1 Free 1 ya. Saya punya moisturizer dah habis jadi why not la cuba pula light moisturizer. Innisfree ni dari Pulau Jeju, Korea Selatan. Saya ni kadang tak terikat pun untuk satu brand tu....agak-agak nak tukar saya tukar. Nasib baik la kulit tak banyak masalah. 


Kalau beli sekian harga boleh dapat barang free tu...


Promosi kat tengah ni sampai 1 Jun 2026 kalau tak silap saya...saya pun takde la lama-lama sangat kat IOI City Mall ni sebab nak balik dulu. Bila Dania kata dah naik je MRT dari tempat dia jalan-jalan tu....saya nak standby dah kat stesyen MRT. Tak suka kalau biar Dania tunggu lama-lama....saya suka tiba di lokasi awal sikit.




XOXO,
Ezna



 

4 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. wahhh best tu ezz, u dpt me time! i plan nak gi spa hari ni..moga berjln lancar lah my plan ni insya Allah :)

    BalasPadam
  2. Lama tak pegi urut... Asyik bertangguh je :(
    Sy pun tak terikat dgn brand skincare ni. Kadang nampak promo best beli je utk try

    BalasPadam
  3. Dah lama tak pergi IOI City Mall ini.

    BalasPadam
  4. Bestnya me time boleh pi massage.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.