Menu berbuka puasa untuk family kecil kami

Pada hari pertama kami berpuasa satu family, hubby kata nak beli kat Pasar Malam je jadi saya request kuetiau goreng dengan cili jeruk. Sorry cili jeruk tak dimasukkan walaupun hubby dah request. Dania dengan maggi goreng dan hubby mi goreng. 


Ada juga kuih peneram dan Harumanis. Sedapnya Harumanis ni. Alhamdulilah. Kami beli kat Pusat Belian Harumanis kat Perlis. Belum musim tapi ada yang dah berbuah. 


Ada juga kuih tepung pelita. 


Hari kedua puasa di bulan syawal ni saya buat pula ikan bilis dan bunga kantan bercili. Sedap juga rasa keduanya. Buat dari 2 batang bunga kantan yang tumbuh kat rumah ni. Saya jarang masak yang berasaskan bunga kantan jadi buat la yang ni. 

Ada juga kobis dan sawi tumis juga masakan signature saya daging masak Pah. Hubby dah tercium bau daging saya ni dan terus nak beli lemang malamnya....sesuai juga makan dengan lemang. Kalau balik kg saya kat Kg. Kepayang....Pah jamu daging ni dengan lemang masa hari raya. 


Ada juga cream caramel ni. 


Hari ketiga berpuasa saya buat lagi simple. Spaghetti Aglio Olio Seafood. Saya masukkan udang dan sotong, lada benggala, cendawan butang dan tomato ceri juga serbuk lada hitam dan serbuk lada putih dan perasakan dengan sedikit garam. Saya guna Angel Hair. Suka Angel Hair berbanding Spaghetti yang tebal sikit tu. 

Dania punya menambah sebab memang suka makan pasta. 


Jadi minggu ni sempat berpuasa 3 hari dari 31 Mac - 2 April 2026. Minggu depan sambung lagi 3 hari Insya Allah. Macam Dania dia berpuasa...kawan2 yang baik dengan dia ke cafe...Dania lepak la dalam surau. Berkorban sikit la untuk time ni...nanti kawan2 pulak berpuasa...kita dah selesai dah. 





XOXO,
Ezna
 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.