Awas gambar yang banyak. Pada 11 April 2026 diadakan makan-makan family di Hotel Dorsett, Putrajaya. hampir sempurna korumnya tapi minus seorang. Hubby adik kedua saya @ adik ipar.
Adik saya ni memang pemalu orangnya jadi hampir tak ada gambarnya kalau berjumpa...kecuali gambar ramai-ramai. Ni adik bawah saya Elza.
Haa baju hijau ni hubby Elza, adik ipar saya nama Rozlano. Orang Sarawak tapi belajar kat UKM, Bangi ni. Adik ipar saya ni setahun tua dari saya. Hehe...masih muda setahun saya ni walau bergelar 'kakak ipar'. Hehehe 😅. Sama la hubby adik saya Erma. Setahun tua daripada saya juga. Yayyyyy masih muda. 😜
Anak-anak Elza. Kiri Zharfan dan kanan Zharif. Masa Zharfan baru lahir...adik saya tak tahu nak bagi nama apa...since bff punya anak sulung nama Zharfan....hehe saya submit la nama Zharfan....jadi kena lah namanya....Abang namanya Zharif, Adik pula Zharfan. Err rasanya nama Zharif ni saya juga influence. Hehe....
Belah kiri ni adik lelaki saya nama Muhamad Aizat. Sebelahnya adik saya Erma. Depan Aizat tu teman wanitanya....Huhuhu
Marilah bergambar ya. Sebelah Erma tu Adlina. Depan Adlina tu Musyafee. Sebelah tu Eerfan dan Sofiah. Ayah mereka outstation.
Amboiii gambar orang lain snap sampai 3....
Lagi gambar....saje meja diasingkan macam ni. Senang nak ambik makanan dan kalau nak keluar pun senang. Kalau bersambung semua susah sikit la kan.
Gambar semua. Dulu-dulu saya je yang ambik gambar sana sini. Sekarang ni nampaknya ramai pula mengambil gambar. Buat kenang-kenangan kan....
Cantik pulak wallpaper belakang tu.
Tema makanan Hi Tea kat Dorsett ni pula kebetulan tema Hari Raya.
Kek ni sedap.
Puding...
Chocolate tart kot ni.
Mesin nak buat ABC.
Bahan-bahan untuk letak kat ABC.
Ada gantungan ketupat juga nak bagi mood raya.
Sate...
Kuah kacang.
Saya ambik buah-buahan dengan serbuk asam. Masa tulis ni kecur pulak airliur. Hehe
Roti jala dengan kanan ni apa pulak eh...bukan samosa ni.
Seleksi makanan yang pelbagai.
Takoyaki ni saya ambil juga. Lepas tu mereka refill sampai penuh.
Roti pizza.
Bila adik saya Elza kata family dia pakai baju raya ok kita pun sporting la pakai la baju kurung yang lama. Tema warna family kami ni percikan warna pink.
Kami bertiga....
Gambar ramai-ramai.
Ikutkan depan meja kami tu ada seorang Dr yang komen masakan Khairul Aming berminyak. Ingat ke isu tu dulu?. Memang lantang juga Dr tu tapi disebabkan lantang tu saya pun takut nak ajak bergambar. 😅. Ada isu lain jugak tapi tak ingat la isu apa. Adik saya la yang update kemudian saya google la dan sah la Dr yang komen Khairul Aming dulu. Memang kebetulan ada seminar Dr. Perubatan kat Dorsett ni. Penuh dengan Dr Perubatan la kat coffee house ni.
Apa pun bersyukur dapat berjumpa semuanya. Dapat la 5-7 tongkol jagung setiap adik saya ni. Eh eh semua bawa buah tangan pulak kebetulan....jadi bertukar-tukar goodies la. Alhamdulilah....
Bila pula next gathering ni? Apa pun terima kasih yang belanja makan kat sini. Moga murah rezeki lagi dan belanja makan lagi. Hehehe.
***Tajuk entry macam lirik lagu BCL.
XOXO,
Ezna



Alhamdulillah. Seronok brkumpul ramai2 mcm ni =D
BalasPadamMeriahnya. Harga dia berapa ye seorang? (padahal dah tanya Encik Google)
BalasPadamyang paling mencuri pandangan, bakal adik ipar kak Ezna la.. hihihi...
BalasPadamseronok dapat gathering adik beradik..Alhamdulillah
dpt family gathering mmg sronok ..almaklumla masing2 bz kn...nk plak kt hotel meriah mcm2 bole makan tu
BalasPadambest sgt berkumpul adik beradik! i susah nak berkumpul sbb 7 beradik..tp now tinggal 6 jer..time raya pun tak cukup korum sbb ikut giliran beraya di rumah mertua masing2...may be time wedding lah nanti kalau hampir2 cukup korum pun...next wedding bln 9 ie wedding my nephew (anak arwah abg)..my nephwe tu keje dentist...wedding bln sept nanti insya Allah
BalasPadampsl nama zharfan dan zhariff...haaa awal2 nya i memang plan nak letak nama ariff tu as zhariff jugak sbb nak rhyming kan dgn zharfan..cuma my mom tak setuju, nak nama ariff sbb better meaning in arabic...so jadiklah zharfan dan ariff instead of zharfan and zhariff :)
BalasPadamSukaaaanya kalau bisa kumpul keluarga inti seperti ini 😍😍😍. Bukan mudah mengumpulkan semua. Saya saja baru 2024 lalu yg bisa betul2 kumpul full . Setelahnya tak bisa. Pasti ada yg tak bisa datang.
BalasPadamErma itu yg dulu antar paket saya kan kak? Maniiis sangat 👍👍☺️.
Teman wanita aizat pun sweet. Macam keluarga besar saya, banyak yg menikah dengan berbagai suku bangsa. JD saat kumpul kami memang terlihat beda2 ras nya 😄. Tp itulah yg menarik dalam suatu keluarga.
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.