Solat terawih di Masjid UPM dan Moreh

Semalam hubby ajak solat terawih kat Masjid UPM. Selalunya solat kat surau berdekatan rumah kami je. Jam 8.15 malam bertolak kat Masjid UPM. Parking masih ada dan ok je crowd sebab pelajar UPM tengah bercuti sekarang ni yang Bacelor. Tinggal pelajar Asasi je la yang ada kat UPM. 


Kat Masjid Besi hari tu bila solat terawih panas kan...kat sini...alhamdulilah....kipasnya besar kat tempat muslimat ni jadi memang tak panas langsung. Bila solat, rasa macam sekejap je sebab tak panas kan. Cumanya kalau telekung jenis nipis tu mau juga melayang-layang ya. Bersyukur juga saya sebab tak panas. 

Saya ada komen kat blog Time Travel Afif tu yang saya familiar karpet merah kat masjid yang Afif travel kat Turki. Saya tak ingat la karpet masjid mana tu...rupanya Masjid UPM. Kebanyakkan Masjid di Malaysia ni berwarna selain daripada warna merah. Selalu yang pernah nampak hijau dan biru. Merah ni rare la. 


Lepas selesai solat, hubby ajak moreh pulak. Meluncurlah kami ke Moksu Nab Bangi ni. 


Siapa nak makan ikan celup tepung (ICT)?


Ada beberapa jenis ikan yang boleh dipilih selain kerang kat hujung tu. 


Ikan yang dah dicelup tepung dengan serdak tepung tu. Hujung tu ada colek buah-buahan. 


Rangup nampaknya ya tapi saya tak teringin pula nak ICT masa ni. 


Pilihan saya dan Dania. Ada colek buah juga tapi kami tak order pun. Hubby tekak pula perit jadi kurang berselera la. Saya dan Dania berlawan-lawan makan kerang bakar ni. 


Bila balik rumah terbatuk-batuk pula. Saya rasa cuaca pun tak berapa ok sekarang ni kan...macam ada jerebu jugak. Saya perasan, jika keluar je terdedah dengan udara luar mesti balik tu saya batuk-batuk. Ada pembakaran terbuka ke?. 




XOXO,
Ezna


















 

10 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Sedapnya kerang tu. Ratah camtu pun sedah dah.

    BalasPadam
  2. kerang tu fav my hubby dan razeen :) memang lately cuaca panas wpun kat gombak ada jugak hujan sikit2 (ptg smlm/awal pg ni). take care ezz. salam 14 ramadan

    BalasPadam
  3. lama tk makan kerang bakar..tu celup tepung utk menu colek tu kalo org klate bln ramadhan

    BalasPadam
  4. Agaknya la kak..sebab dekat Selayang ni, tengah hari panas terik.. bila nak petang je hujan.. Linda batuk dari sebelum puasa sampai sekarang..tapi, batuk mcm tak kerap sangat dah, cuma tekak still rasa berpasir je..moga baik2 je

    BalasPadam
  5. Ya ampuuuun dah lama tak makan kerang 🤩🤩🤩. Paling suka kerang direbus begini saja, cicah dengan saus nya.

    Di sini hujan terus kak. Jadi udara sejuk memang, tp susah nak pergi kerja. Kasian Raka JD sering terjebak macet di jalan

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah... terawih selesa dan moreh pun best!
    syafakillah...

    BalasPadam
  7. setakat ni ammi solat terawih di surau dekat rumah je. itupun masa weekend je sebab weekdays sampai rumah pun dah lepas waktu berbuka macam nak jadi pisang benyek dah badan ni

    BalasPadam
  8. masjid Al-Umm kat bangi ni pun karpet merah jugak. import dari turkey

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.