Selepas makan di Padi Sawah, saya ajak hubby ke Gula Cakery. Nampak Gula Cakery ni masa nak cari parking kat Padi Sawah. Gula Cakery kat Bandar Seri Putra ni baru buka pada 10 Mei 2026. Kiranya dah 2 bulan la bukanya.
Interior dalamnya macam ni. Cantik dan kemas je.
Limited juga kat bawah ni. Ada lagi tempat duduk kat bahagian atas. Nampak ada 2 orang yang baru makan kat Padi Sawah pun singgah sini minum petang agaknya.
Ada jual ice cream la. Ni saya beli perisa pavlova.
Nampak comel bentuk croissant ni.
Ada harga jimat pastries kalau beli 2.
Rambang mata ya.
Seleksi kek pula.
Lagi kek dan pavlova.
Ada pakej desserts table juga.
Ni pakej ice cream.
Kek ni kecik (petite) je. Cantik betul la design dia macam kek dulu-dulu. Harga yang kecik ni RM59 tak silap.
Makan ice cream bagi habis dulu la kat luar Gula Cakery ni.
Ini yang dibeli ni. Pavlova bersaiz kecil.
1 slice Victoria Sandwich Cake.
Ni pula strawberry shortcake.
Lain kali boleh bawa Dania pula kat sini. Gula Cakery ni ada banyak juga kedainya seperti Gula Petite by Gula Cakery. Ni ada kat IOI City Mall. Kedai lain....Andra by Gula Cakery. Kalau Gula Cakery Petite tu ada kat KLCC dan tempat-tempat lain tu boleh google la.
XOXO,
Ezna




Dekat ngan rumah adik bongsu SA..hari tu ada singgah ngan husband..tapi patah balik sebab ramai sangat
BalasPadamDessert nya Ezna, awww geram nya.
BalasPadamHarga 'kayangan' juga ye. sesekali boleh lah kan!
BalasPadamcute sgt ribbon croissant tu! my hubby tak suka dessert..so kalau nak mkn benda2 gini, i kena kuar dgn my boys jer esp zharfan..razeen pun tak berapa suka dessert (mcm ikut sekera mr hubby)
BalasPadamNice..nnt kalau gi kajang bleh ajak Hata singgah.Teringin jgk nk singgah canning dim sum dkt area kipmall tu sbb dkt jgk dgn rumah kak ipar =D
BalasPadamBaru2 ni owner dia jual cekodok pisang...ada tgk hari tu jln2 cari makan...ice cream diorg buat sendiri...mesti sedap kan...
BalasPadamNanti nak ajak anak saya makan sini. Anak sulung saya memang paling suka kalau dah pastry dan cake macam ini. Apalagi gula cakery saya tahu memang sedap
BalasPadamcomel2 deign kek kat sini. gula cakery ni ramai review sedap
BalasPadamSaya peminta Petite Cake by Gula Kak Ezna...sedap sangat-sangat...cream dia tu memang rasa kek nostalgia dulu-dulu...
BalasPadamPernah try Pavlova, tapi manis dia tu takutlah huhu
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.