Shopping dan makan-makan

Nak kena pergi IOI City Mall la sebab actually nak cari hadiah hari jadi kawan Dania. Coming soon bulan Februari ni. Sambil-sambil tu berjalan juga la kat Naelofar ni. 


Ada pulak tudung yang berkenan. Haaa senang letak je kat sofa sini dan tengok balik tudungnya. Design sulaman bunga yang putih dan hijau tu bukan pada keseluruhan shawl. Cuma sedikit je kat hujung tu. Manis je. 

Kanan sekali tudung empat segi yang keempat-empat bucunya ada sulaman. Dania kata kalau ambik yang hijau gelap sikit tu sedondon dengan dia warna hijau pistachio tu. 


Close up sulaman bunga kat shawl dan ada juga batu sikit. 


Lepas tu kami ke Miniso pulak. Ternampak pula aksesori phone ni. Beli satu untuk kawan Dania. Nak masukkan dalam hadiah hari jadi kawan Dania tu la. 


Nampak satu kedai ni belum buka tapi ada lukisan cantik. Eh eh ada kambing la ummi. Nama kedai ni Qhiam. Bila tengok design dia macam klasik-klasik tu macam ala ala Khatam pula.


Dah jalan sana sini singgah la pula kat FamilyMart. Kita makan kat sini la Dania sebab dah menghampiri makan tengahari dah ni dan ummi rasa nak makan Oden. 

Dania beli Milk Cream Bun ni. Rasanya macam Milk Bun Thai tu je. Saya cuit la nak merasa.


Masa pergi Watsons tak ambil gambar tapi semua ni beli kat Watsons kecuali aksesori telefon tu. Ada eye shadow silky girl, lip balm Watsons, lip tint Barenbliss dan eye liner Silky girl. Seronok la Zalilah ya dapat barangan kosmetik ni. Warna lip tint semua ni Dania yang pilih. Sesuai sangat la untuk anak baya Dania ni 22 tahun. Mereka dalam fasa nak melawa kan....


Apa lagi ya makan kat FamilyMart? Saya pilih creamy tomyum bihun ni. Memang tomyum ni rasa lemak-lemak ni. Ada fish cake dan fish ball dalam ni. Dah masuk set dia dah. 


Dania pilih yang ini kemudian dalam tu dah ada set dia dah. 


Lepas tu singgah pulak beli Apple Strudel. Adik saya pernah bagi saya Peach Strudel. Kali ni saya beli apple pulak la. Kalau kat IOI City Mall tu depan Bananabro je booth dia. Panjang Apple Strudel ni. 


Jalan dari hujung ke hujung kemudian turun bawah pulak cover hujung sana. Huiiii memang penat ya....datang dalam 11 pagi camtu dan mula gerak balik jam 3 petang. 

Balik, selesai semuanya saya dan Dania nap sekejap. Penangan berjalan dalam IOI City Mall. Letih....😅




XOXO,
Ezna

 

14 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. seronok tu ronda2 sambil shopping dan mkn2! apple struddle tu nmpk sedap!

    BalasPadam
  2. creamy tomyum memang sedap.. hari tu beli tomyam biasa,,,pedas..
    lawa nya shawl tu, tapi tula..linda tak reti nak pakai shawl...

    BalasPadam
  3. Wahhh..best la kwn Dania dpt byk bday gift =D..Tudung naelofar tu mmg cantik =D

    BalasPadam
  4. pertama kali juga dengar Apple Strudel...macam best jer

    BalasPadam
  5. Belum sempat lagi try Strudel..tunggulah kalau terjumpa kedai dia hihi

    BalasPadam
  6. Lawa betul di mata sy shawl yg tengah² tu... Almaklumlah peminat hijau :)

    BalasPadam
  7. Jalan di IoI city mall ini sesuai bagi orang yg nak mencari 10k langkah 😄😄😄. Saya sukaaaa jalan di sana. Sambil window shopping juga kan 😁

    BalasPadam
  8. Cantiknya shawl, especially hijau tu. Warna yang susah nak dapat. Bestnya ke IOI n8 boleh beribu2 steps kan.

    BalasPadam
  9. Baru pergi ioi jugak last week. Beli kasut raya kat machino yg baru bukak branch kat ioi

    BalasPadam
  10. Lamanya tak ke IOI Mall. Dari hujung ke hujung ronda, memang penat! 😂 Alamak, apple strudel tu menggoda betul la!

    BalasPadam
  11. best ronda2 nanti macam2 la terbeli tu.

    BalasPadam
  12. Kalau SA x pernah jemu pi IOI Mall ni...banyak tempat tak explore lagi...seronok mengukur jalan sambil terjebak kan...

    BalasPadam
  13. memang lawa yang hijau pistachio tu. sy pun berkenan...

    BalasPadam
  14. ok rasanya i dh setel BW semua entries u ;) i tgh update slides jugak ni sbb esok ada kelas online, so selit2 BW in between

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.