MBG Fresh Market bukan sekadar buah....

Bila Dania nak ke Ambank ada urusan sikit. Seronok betul la Ambank kat Shaftsbury Putrajaya depan Alamanda ni. Orang tak ramai pun. Tenang je nak berurusan. 

Berdekatan Ambank ni ada MBG Fresh Market. Bukan sekadar buah ya. Jom tengok apa yang ada kat sini.


Dibuka 24 jam tu. 


MBG ni tak boleh lari la dari menjual buah-buahan kan.....


Kat depan ni fresh sangat nampak ikan, kerang, lala semualah. Kerang pulak jenis masih hidup bila gerakkan cengkerang je, dia gerak kat bahagian dalam tu. 


Warna-warni buah-buahan kat sini. 


Ada ayam dan di hujung sana daging dari Colla Cattle Farm yang dipunyai oleh orang muslim. 


Kat sini macam hypermarket biasa tu. Ada bahagian rempah ratus, sejuk beku dan semualah. Tapi....satu je yang saya cari tak ada....iaitu buah lemon. Udah kena singgah kedai Acheh pulak beli buah lemon. Nampak je kedai Acheh tu kecik tapi buah lemon ada. 

Oh...owner MBG Fruits Sdn Bhd ni Adnan Lee. Patut la daging lembu tu dari ladang orang muslim jugak. 

MBG Fresh Market ni terletak di UG27 & UG28, Level UG, Shaftsbury Putrajaya, Jalan Alamanda, Presint 1, 62000 Putrajaya. Rasanya MBG Fresh Market ni hanya berada di Putrajaya sahaja (setakat ni la).




XOXO,
Ezna

1 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.