Makan di Rembayung?

Hmmm tajuk pun kan....tak dapat makan kat Rembayung, makan kat Ekues Cabin Cafe pun dah rasa happy sangat. Ni kisah hari kedua cuti Tahun Baru Cina ya. Ni lepas balik dari rumah Nor...tiba-tiba hubby kata kita berhenti minum dulu la. Mulanya nak ke Putrajaya minum kat mamak je sekali melencong ke Pusat Ekuestrian Putrajaya ni. 

Macam Rembayung kan bangunan Ekues Cabin Cafe ni?. Suka la suasana kat sini. Serius cantik. 


Belakang tu stable kuda. 


Air lemon dengan pudina memang menyegarkan. 


Dania pilih Strawberry Matcha. Rasa manis, masam dan pahit sikit. 


Hubby Teh Tarik ke tu....


Makanan petang pun kami order jugak. Scone 1 set dan keropok lekor. 


Keropok lekor ni sedap sangat bila makan dengan sos cili. 


Scone kat sini jenis chewy dan bukan jenis rapuh berderai tu. Ada whipped cream dan jem strawberry. 


Lepas tu haruslah kita ambil gambar kat sini. Kat belakang Dania tu ada cafe juga namanya Avenoir Cafe. 


Nak bergambar kat props ni. Boleh dialihkan. Props ni ada dibawa juga untuk pameran bunga Floria, Putrajaya. 


Ada tempat duduk berteres la kalau nak menyaksikan perlawanan polo berkuda atau ekuestrian. 


Hijau je rumput kat sini. 


Ni tepi rumah props tu ala ala rumah ladang. 




Kalau ada bunga memanjat kat sini lagi cantik. 


Rumah ladang dari bahagian hadapan. 


Cantiknya bunga ni. Namanya Sandpaper Vine. Bunga yang memanjat ni. Bila berbunga, sejambak macam ni. 


Sandpaper Vines yang memanjat rumah ladang. 


Suka betul la kami dengan suasana kat sini. Memang akan repeat lagi la.

Post hari kedua Tahun Baru Cina pada 18 Mac 2026. Kita umat Islam belum berpuasa lagi. 





XOXO,
Ezna









 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.