Masa hari pertama menyambut bulan Ramadan, inilah masakan saya. Lala bercili serai. Daun sup dan daun bawang ni memang kami suka tapi bila kacau tak nampak la selambak atas ni.
Hubby minta masak kucai jadi saya buat kucai dengan telur.
Balik kerja hubby singgah dekat gerai Uniten beli kuih muih. Cakoi, popia basah, popia goreng. Kurma tu memang dah sedia ada.
Masakan hari kedua pulak...ada daging masak Pah saya, ayam bercili, sambal dan bendi celur.
Ada jiran bagi bubur lambuk 2 bekas sebab nak bertolak ke Arab Saudi sambut puasa kat sana pulak kat rumah anaknya yang bekerja sebagai jururawat kat Arab Saudi. Sedap bubur lambuknya style orang utara.
Ni pula malam yang first berterawih.
Saya jalan kaki seorang je sebab Dania tak sihat. Badan panas. Rasa tak lengkap je. Hubby sibuk sebelum terawih lagi sebab persiapkan surau.
Sejadah muka adik saya bagi, baju kaftan batik...kawan saya Emi bagi dan telekung dapat hadiah dari Mulan sempena komen terbanyak.
Ni pula hari kedua. Ceria la sikit sebab best friend ada sekali. 😊. Dania dah kebah demamnya.
Alhamdulilah. Moga yang baik-baik ajer bulan Ramadan ini ya.
XOXO,
Ezna








Alhamdulillah..moga sihat selalu Dania...selamat berpuasa buat kak ezna sekeluarga...
BalasPadamTerima kasih. Alhamdulilah dah kebah demamnya. Selamat berpuasa juga buat Linda.
PadamSedap2 semua menu tu.
BalasPadamMenu senang nak masak je Cie.
PadamDania baru baik demam ke? Semoga sentiasa sihat sepanjang Ramadan ini.
BalasPadamYa Amie. Hari first ramadan demam. Badan panas dan selsema. Alhamdulilah hari kedua dah sihat. Terima kasih mendoakan.
PadamSeronok kan bulan puasa ni, vibe tu lain... Sedap² juadahnya Ezna
BalasPadamYa PH. Meriah pulak lauknya. Alhamdulilah.
PadamMakan obat Dania!
BalasPadamlama tk mkn menu lala..smoga demam dania tk melarat
BalasPadamMeriahnya lauk berbuka :)
BalasPadamalhamdulillah. moga yg baik2 ajer utk kita semua sepanjang2 ramadan kareem ni
BalasPadamAlhamdulillah..semoga yang baik-baik saja untuk Kak Ezna sekeluarga juga, Aamiin
BalasPadamSemoga kita semua diberikan kesihatan yg baik sepanjang ramadan ni
BalasPadamSemoga kita semua diberikan kesihatan yg baik sepanjang ramadan ni
BalasPadamWaaah ini yg resep KA , tp kakak dah duluan bikin kan 😄😄. Sedaaap sepertinya. Saya save saja dulu resep2 KA. Nak buat tunggu mood hahahah
BalasPadamSyukurlah Dania dah sehat lagi.
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.