Bila hubby cakap nak singgah kat kedai ikan dulu sebab nak beli makanan ikan kat kolam kami. Sebelah kedai ikan ni ada nurseri bunga ya. Saya saje nak turun la sebab nak tengok-tengok je.
Bunga ni warnanya putih dan bila google lens kan namanya Aloysia Virgata atau Sweet Almond Bush. Bau dia lembut sangat macam bau bedak bayi. Saya suka sangat baunya ni.
Bunga yang ada juga dijual kat sini. Bunga yang berwarna putih lazimnya berbau wangi sebab nak menarik perhatian rama-rama, lebah untuk proses pendebungaan. Rama-rama ni attracted dengan bunga yang berwarna.
Bunga ni dah layu sikit.
Ni bunga atas ni tapi belum berkembang lagi.
Bunga kenanga ni kuat betul bau dia dan saya tak berapa suka baunya.
Bila hubby dah selesai membeli kat kedai ikan, masuklah kat nurseri bunga ni dan inilah hasilnya. Dapat sepokok Sweet Almond dan Akar Dani. Akar Dani ni sejenis tumbuhan memanjat dan saya terpikat dengan bunganya yang wangi kat sini
Sweet Almond yang wangi tu boleh menarik rama-rama, lebah kelulut dan burung kelicap juga.
Tambah lagi la koleksi bunga-bunga kat rumah.
XOXO,
Ezna






Mmg rambang mata bila masuk nursery kan sis =D
BalasPadamYa mulanya nak tengok-tengok je. Hehe...tengok-tengok la sangat sampai terbeli. Hehe
Padamseronoknya tambah bunga kat rumah...SA ni nak tanam bunga tapi asyik kena hijack..PZ cakap bukan boleh buat makan..
BalasPadamBoleh jadi pewangi asli kawasan rumah ni SA. Kalau akar dani pulak kalau malam bau dia wangi sangat (orang kata. tak tahu lagi sebab baru tanam). Sweet almond bush ni pun Dania lalu nak ambik daun kari dah terbau wangi dia.
PadamGeram je kalau ke nursery rasa nak angkut balik banyak2
BalasPadamMemang ya....datang nak tengok2 ni pun dah terbeli 2 pokok ni Mulan. Hehe.
PadamAiiiih wangi beda bayi, pasti sedaaap tuh 😍😍. Saya baru lihat bentuk dan nama bunga ini kak. Dah jaraaang sekarang jumpa bunga2 begini, dan memang saya pun tak pernah beli bunga kan. Tapi sukaa tiap lihat yg bagus2, walau tak tahu nama
BalasPadambelum tahap rajin nak menanam bunga. tapi suka tengok je.
BalasPadamLeka kalau pergi nursery kan..macam-macam boleh tengok
BalasPadambestnya dpt tanam bunga wangi2 kat rumah...ptg td i sempat snap2 gmbr pokok2 dlm my mini garden tu..bolehlah buat entry esok lusa hhehehe tak sempat layan blog dh 3 hari ezz sbb i attend workshop tu
BalasPadamSelalu tersangkut sepokok dua kalau cuci-cuci mata di nurseri pokok kan
BalasPadamMesti keluar pintu bau wangi... rajin Ezna tanam pokok bunga.
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.